KTF

KTF INSTITUT telah ditubuhkan semenjak tahun 1975. KTF adalah singkatan kepada Kursus Tertulis al-Furqan, iaitu sebuah institusi yang mengendalikan Kursus Menterjemah Al-Quran secara harfiah Gaya Pos dan Keset. Dalam siaran Risalah As Sunnah Bil 21 Tahun 2, menyatakan bahawa KTF memberi penekanan kepada mempelajar Kitab  Al-Qur’an, bukan sekadar membaca dan  melagukan bersama ilmu Tajwidnya.

Kaum muslimin perlu mempelajari terjemahannya kemudian memahami maksud yang terkandung didalamnya. Untuk memahami kitab Al Qur’an bukan selamanya membawa bersama buku-buku yang sudah diterjemahkan, tetapi perlu memahami dalam bahasa ibunda semua lafadz yang berbahasa Arab dalam Al Qur’an itu.

Memang banyak tuan guru yang berkebolehan menafsir dan memahami isi Kitab itu, tetapi para penuntun yang mengikuti tafsiran itu akan berkekalan seperti biasa, kerana tidak upaya melaksanakan sendiri seperti gurunya. Ini disebabkan tiada suatu sistem agar penuntun juga berupaya memahami sendiri.

KTF Institut menyarankan pelajaran memahami Al Qur’an dengan suatu sistem efektif hingga pelajarnya mempunyai kesanggupan menterjemah dangan memahami maksudnya tanpa bersusah payah melihat terjemahan yang dibuat orang lain.  Oleh itu setiap muslim dirantau ini diseru mengikuti pelajaran yang penting ini menerusi KTF.

Untuk mengikuti pelajaran ini boleh hubungi UIst. Musa Saderi Tel No: 012-2321014 atau Dr. Nordin Rashid Tel: 019-3772975atau menulis surat di:-

KTF INSTITUT
31, Wisma Sentosa,
72000 Kuala Pilah. N. Sembilan.

2 Responses to KTF

  1. Ibrahim bin Bahar says:

    saya pernah mengikut kursus gaya pos ini pada tahun 1978. Bil Daftar 0314. Saya ingin menyambung kursus yang tergendala kerana kesibukan tugas dsb.

  2. almizaan says:

    A’skum! Terima kasih, untuk makluman tuan bahawa KTF tidak lagi menjalankan Kursus Pos tersebut, namun pelajaran tersebut telah dijilidkan menjadi 3 jilid, iaitu sehingga pelajaran 76. Tuan boleh menghubungi Pn. Siti Hajar bagi maksud tersebut melalui tel : 012-2200114 utk pertanyaan. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: