DEBAT 2

buku-brmzhb-hramssat(Buku tulisan Nahmar Jamil terbitan Pustaka Al-Mizan Kuala Lumpur tahun 1988 berjudul Bermazhab Haram dan Sesat?)

Ust. Hashim Ghani dalam bukunya “Kata Berbalas Haram dan Sesat Bermazhab” (September 1988) membalas bidasan Nahmar Jamil dalam bukunya “Sesat dan Haram Bermazhab?” dengan bantahan kerasnya terhadap Gayung Bersambut II, yang membidas perpegangan beragama Gerakan As Sunnah pimpinan Hashim Ghani. Dialog ini adalah sebahagian bab dalam buku tersebut yang bertujuan disalin untuk menjadi bahan senjata pula kepada aktivis reformis Gerakan As Sunnah.

بِسمِ ٱللهِ ٱلرَّحمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dialog

Hashim A. Ghani – Nahmar Jamil

Lagi persoalan yang membingungkan dan memeningkan kepala Nahmar dalam bukunya tajuk ke-16 yang berjudul “IMAM-IMAM MELARANG TAQLID” (ms 38-40), dan tajuk ke-17 berjudul “BERMAZ¬HAB SAMA DENGAN TAQLID?” (ms 41-43). Oleh kerana Nahmar terlalu kaget dengan persoalan itu beliau timbulkan berpuluh pertanyaan, seolah-olah ini perkara baru dalam Islam. Untuk memudahkan pembaca, maka saya aturkan “soal-jawab” untuk terakhir ini supaya tidak keliru, dengan tanda NH (Nahmar Jamil) dan HG (Hashim A. Ghani).

DIALOG BERMULA

NH: Assalamu ‘alaikum

HG: Wa ‘alaikum Salam, w.w. Silakan

NH: Bolehkah saya bertanya beberapa masaalah yang tuan tulis dalam “Gayung Bersambut Ke-2″ yang amat memeningkan kepala saya?

HG: Alhamdullilah- Ya! Silakan!

NH: Benarkah imam-imam Mazhab itu melarang taklid?

HG: Ya, benar! Sudah dijelaskan dengan detail dari kata-kata Para imam itu dalam buku saya.

NH: Kalau benar, mengapa mereka asaskan Mazhab mereka (Malik, Hanafi, Syafi’ei, Hanbali)?

HG: Mereka bukan mengasaskan mazhab, mereka berijtihad dan mengistinbatkan hukum berdasar al Quran dan Hadits dan juga pengakuan para Sahabat Nabi s.a.w.

NH: Kalau tidak mengasaskan kenapa mereka tulis kitab? Mengapa Imam Syafi’ei menulis al Umm, mengapa Imam Malik menulis al Muwatta’ dan mengapa Imam-imam yang lain tulis kitab-kitab mereka? Mengapa mereka tidak bakar kitab-kitab itu?

HG: Imam-imam muslimin itu para mujtahidin tentulah mereka merakamkan semua pendapat mereka, dan banyak pula dituliskan oleh murid-murid dan sahabat mereka yang setia, itu bukan bererti “mengasaskan mazhab” Tuan jadi bingung, kenapa pula segala hasil pendapat mereka dibakar? Kalau tuan tidak mengerti al Quran-Hadits, apakah tuan akan bakar juga?

NH: Kalau begitu kenapa mengikut mazhab itu disalahkan?

HG: Siapa yang menyalahkan? AstagfirulLah!

NH: Tuan!Dalam buku Gayung Bersambut Ke-2 tuan!

HG: Tuan mesti faham tulisan saya! Yang saya salahkan ialah mengikut dalam pengertian “bertaklid”, bukan mengikut dalam erti “berittiba’” kerana kedua-dua hal itu ada perbezaan!.

NH: Kenapa tuan beza-bezakan erti taqlid dengan ittiba’, bukankah kedua-dua kalimat itu tidak ada lain dari: ikut, turut, menerima dan tiru?

HG: Itu erti dalam Bahasa Melayu, sedang Islam ini asalnya bukan dari Bahasa Melayu, tetapi dari Bahasa Arab, tuan tidak betul,tuan salah jika memberi erti demikian. Kalau pokoknya salah tentu sekali dahan dan rantingnya ikut salah. Ini sudah saya terangkan dalam buku saya, bacalah dengan berfikir siuman.

NH: Baiklah! Saya tanya lagi. Apakah imam-imam mazhab itu kurang waras fikirannya dan tidak bertanggung jawab? Maka kita tidak dibolehkan mengikutnya?

HG: Kenapa tuan tanya begitu’? Sila minum dulu.

NH: Kerana tuan kurang percaya kepada ilmu imam-imam itu, padahal bukankah mereka juga

HG: mengambil dari al Quran-Hadits?

HG: Maaf tuan, berakhlaklah sedikit. Saya bukan tidak percaya atas ketinggian ilmu dan kemuliaan mereka, tetapi mereka bukan “ma’sum” yang ma’sum hanya Rasulullah s.a.w. Kerana imam-imam itu juga menerangkan :- “Tidak ada seorangpun sesudah Nabi SAW melainkan ia boleh diterima dan boleh ditinggalkan (ditolak) perkataannya, kecuali Nabi SAW” (Ieqaadzul Humam). Kita menghormati imam-imam mujtahidin itu, tetapi kita tidak ta’sub kepada salah seorang antara mereka, malah kita terima kefahaman dari al Quran dan Hadits yang sahih, dan juga dari pendapat mereka semuanya bila secucuk dengan hadits yang sahih, dan tinggalkan pendapat mereka bila berlawanan dengan hadits sahih.

NH: Baiklah! Saya bertanya lagi. Benarkah tuan katakan taqlid itu haram?

HG: Apakah tuan belum faham keterangan saya didalam Gayung Bersambut Ke-2 itu, maka tuan bertanya lagi?

NH: Kalau begitu, mengapakah Ibnu Taimiyah, Ibnul Qaiyim, Izzuddin Ibn Salam dan lain-lain tidak Isytiharkan diri mereka keluar dari Mazhab, jika benar haram?

HG: Bukankah tuan juga tahu bahawa orang Mujtahid haram bertaklid, bila mereka tidak bertaklid bererti mereka tidak bermazhab, dan bila tidak bermazhab kenapa mereka mesti isytihar diri keluar mazhab? Cuba tuan fikir baik-baik.

NH: Bukankah mereka mengaku bermazhab Hanbali, Syafi’ei dan lain-lain?

HG: Mazhab yang orang nisbahkan kepadanya itu bukan bererti mereka bertaklid kepada mazhab itu, hanya secucuk atau sealiran dengan imam-imam yang mereka sukai. Tetapi mazhab yang tuan sendiri istilahkan sekarang ialah merupakan suatu kepercayaan yang wajib ditaklidi dan menjadikan suatu peraturan tetap.

NH: Tuan kata siapa yg bertaklid dan bermazhab tidak berhak dipanggil Ahlis Sunnah Wal Jamaah, kalau begitu, apakah Ibnu Taimiyah, Ibnul Qaiyim, Dahlawi yang tidak isytiharkan diri keluar dari Mazhab itu tidak berhak jadi Ahlis Sunnah?

HG: Benar apa yang saya katakan itu. Sebenarnya ulamak yang tuan rebut itu bukan Ahli Taklid dan bukan Ahli Mazhab kerana mereka termasuk kalangan Mujtahidin, merekalah yang berhak menjadi Ahli Sunnah, tetapi tuan yang bertaklid kepada mazhab tidak berhak menerima gelaran itu, tuan hanya mengaku yang bukan hak tuan.

NH: Ini tidak munasabah, saya ada pendapat sendiri, saya boleh bertanya lagi.

Kelihatan muka NH merah padam, sehelai tuala dikeluarkan dari poketnya menyapu hidung)

HG: Silakan !

NH: Baiklah. Sekarang saya hendak terangkan kepada tuan iaitu (Nahmarpun bersyarah):

1. Pengharaman bertaklid hanya kepada Mujtahidin sahaja, kerana seorang yang hendak jadi mujtahidin tidak boleh taqlid.

2. Dan juga kepada Mufti termasuk ulamak dan guru-guru, mereka wajib beri keterangan dalil dari al Quran-Hadits, iaitu jika mereka ingin memberi keterangan hukum melalui mazhab yang dipilih.

3. Imam-imam mazhab tidak rela pendapat dan mazhab mereka diajar kepada orang awam tanpa menyebut sumber pengambilan mereka iaitu al Quran dan Sunnah, kerana takut pendapat mereka bercampur aduk antara bukan al Quran dan Sunnah. Inilah maksud Abu Hanifah mengatakan:

(1) Manakala sah Hadits itu maka itulah mazhabku,

(2) Tidak boleh bagi seseorangpun memberi fatwa dengan kalam kami, atau mengambil pendapat kami selagi belum diketahuinya dari mana kami ambilnya. Betul atau tidak begitu tuan?

HG: Begitulah, Imam Abu Hanifah benar, tetapi tuan tidak betul, kerana tuan bertaqlid kepada Syafiei sahaja, tentu tuan tidak menerima kata Abu Hanifah itu.

NH: Tuan tidak bersikap objektif dengan buku tuan, tetapi bersikap taksub. Soal pengharaman taklid tidak kena mengena dengan orang awam, samada MUTTABI’ atau MUQALLID. Cara pengharaman taqlid hanya merupakan syarat syarat dikalangan ahli-ahli Mujta¬hidin, ini telah dihurai panjang oleh Ibnul Qaiyim al Jauziyah.

HG: Jadi, tuan setujulah apa yang diterangkan oleh Imam Malik dan segala sikap yang dipakai oleh Ibnu Taimiyah dan kawan-kawannya?

NH: Begitulah !

HG: Kalau demikian, tuan berbohong lagi dusta atau jahil.

NH: Kenapa ?

HG: Kerana, tadi tuan katakan taqlid diharamkan kepada orang Mujtahid, kerana orang Mujtahidin tidak boleh taqlid dan juga bagi mufti dan guru-guru, dan mereka mesti menerangkan dalil dari al Quran Hadits, dan mereka wajib menerangkan dalil melalui Imam Mazhab yang dipileh, kerana imam itu tidak rela pendapatnya diajar kepada orang awam tanpa menyebut sumber al Quran dan Hadits. Sekarang tuan kata tidak kena mengena dengan orang awam samada muttabi’ atau muqaIlid, ini menunjukkan fikiran tuan sudah sasau, disebabkan tuan tidak dapat membezakan dua perkataan itu.

NH: Dua kata itu mudah saja bezanya, seperti pemimpin dengan rakyat, adakah sama keduanya? Bukankah itu mudah?

HG: Tuan jangan cuba memutar dengan qias seperti itu, ini soal agama, perkara yang sudah jelas ada keterangan dari al Quran dan Sunnah dan kata Imam-imam, kenapa main qias pula? Beza MUQALLID dan MUTTABI’ jauh bezanya, jangan tuan satukan, kerana ia menampakkan lagi kebodohan tuan. Dan tuan jangan cuba mempengaruhi orang ramai dengan fikiran yang keliru itu.

NH: Tuan membawa dalil yang salah, iaitu:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

“Dan jangan engkau turut apa-apa yang engkau tidak tahu, kerana pendengaran dan penglihatan dan hati sekelian itu akan diperiksa hal (turutan) itu”. (Israk:36) ini bukan dalil pengharaman mazhab, tetapi haramnya taklid buta, kerana hal aqidah sifatnya Yaqiniyah (al Masail al Usuliyah) telah diijmak haram bertaklid, dan hal ijtihad (al Masail al Furu’iyah) sifatnya dzanniyah tidak ada pengharaman taklid.

HG: Tuan yang tidak betul, kerana menyelewengkan tujuan ayat itu. Kenapa ayat ini digunakan semata larangan taklid dalam Ma-sail Usuliyah, tetapi halal taklid dalam bahagian Masail Furu’iyah? Faham tuan ini serupa benar dengan Saudara Dr. Kassim Ahmad yang berkata: Muhammad sebagai Rasul wajib ditaati, tapi sebagai Ulil-Amri [ketua orang Arab] tidak wajib ditaati, kerana ia manusia biasa. Apakah tuan sudah Ingkarus Sunnah? Padahal Ibnu Taimiyah, Ibnu Qaiyim [juara AlLa Mazhabiyah] yang sudah tuan beri pujian dan Imam-imam yang empat semuanya memakai dalil itu tanpa memisahkan antara Usuliyah dan furu’iyah.

* Dr. Kassim Ahmad menolak Hadits, kerana masaalah Hadits dzaniyah, itu alasannya, tuan menolak taqlid dalam bahagian fiqhiyah kerana ia dzanniyah. Apa beza anda dengan Dr. Kassim Ahmad ? Saya berasa amat hairan. Para Imam Mujtahidin itu ijmak mengatakan “Jangan kamu bertaqlid kepada aku dalam, agamamu”. Sahabat Nabi juga berkata demikian “jangan sekali-kali kamu bertaqlid kepada seseorang dalam agamamu”. Kenapa tuan tolak dan picingkan mata? Kenapa tuan katakan mereka ijmak dalam furu’iyah, tidak dalam usuliyah? Untuk membenarkan taqlid?

* Hadits ijtihad “siapa berijtihad, walau tersalah mendapat satu pahala, dan siapa benar mendapat dua pahala” itu, bukan bagi MUQALLID, kerana orang bertaqlid semuanya berdosa, tetapi bagi MUTTABI’, kerana ia menggunakan usaha dan otaknya. Jadi tuan tidak ada bahagian disini.

NH: [Sambil bangun dan mengesat muka dengan bibir yang terkulum mengertap gigi]- Tuan! Mengapa pula kita disuruh mengikut MU’TABA’ [yang diittiba’], kalau ia dusta, bukankah MUTTABI’ [yang mengikut] menerima padah-nya?

HG: Saya sudah jelaskan bahawa MUTTABA’ mestilah seorang yang berakal (Mujtahid) dan MUTTABI’ juga orang yang berakal. Jauh berbeza dengan MUQALLID yang meletakkan otak diekor, tahi dikepala, tentu ia tidak boleh berfikir. Saya tidak perlu jawab ini, tuan boleh fikir sendiri.

NH: Tuan ini seorang yang paling ta’sub. Ini kah orangnya yang dikatakan pendakwah HASHIM A. GHANI dari golongan Al La Mazhabiyah – keseluruhan isi buku tuan tidak lebih dari mempertahankan mazhabnya sahaja (sambil menepuk meja), sekarang saya bertanya lagi:- Tuan kata: “Sebelum mengharamkan orang keluar mazhab, perlu diterangkan tentang wajib bermazhab”. Saya sudah terangkan bahawa tidak ada dalil atau keterangan dari al Quran-Hadits menyuruh wajib bermazhab, oleh itu kenapa pertanyaan tentang haram keluar dari bermazhab? Ini dua persoalan yang berlainan.

HG: Ya ! Saya terangkan begitu, kerana tuan tidak upaya membawa dalil tentang wajibnya bermazhab, itulah yang perlu dipersoalkan. Dari itu, saya ada alasan yang tegas mengharamkan bermazhab seperti yang saya tegaskan, maka haram itulah yang menjadi hukum – fahamkah tuan duduknya masaalah ini?

NH: Tuan sudah isytiharkan bahawa tuan dan golongan tuan tidak bertaqlid kepada satu mazhab masyhor atau tidak masyhor, tapi boleh ittiba’ kepada pendapat ulamak setelah tahu dalil al Quran-Hadits, mengapa maseh ikut ulamak, mengapa tidak ikut al Quran-Hadits sahaja. apa perlunya ikut ulamak, kerana al Quran-Hadits betul dan yang lainnya salah, sesat? Cuba jawab.

HG: Saya pelik, tuan maseh-tidak faham, kerana tuan sebenarnya yang taksub dan taqlid. Itulah saya katakan bahawa jika pokok kata tidak difahami maka isi kata dan amalannya akan sesat. Tuan maseh tidak faham istilah TAQLID dan ITTIBA’. Saya tidak harus menjawab soalan tuan yang diluar tajuk ini, oleh itu tuan harus kaji semula dasar perbincangan ini supaya tidak keliru dan menyesatkan orang lain.

NH: Maaf tuan, nanti saya fikirkan. Tetapi saya maseh tidak puas iaitu, kalau tuan mengharamkan keluar dari mazhab (dalam GB-2 ms 247) dengan tujuan supaya tidak membenarkan mengikut mazhab yang lain, itu adalah munasabah. Cuba banyangkan, takdirnya Malaysia ini satu (negeri) mazhab Syafi’ei, yang lain mazhab Hanbali, Hanafi, Syi’ah, Bahai, Qadiani, Ismaili dan lain-lain, bukankah Malaysia ini purak peranda?

HG: Tulisan saya dalam GB-2 (ms 247) itu bukan mengharamkan keluar dari mazhab, tetapi maksudnya kalau tuan-tuan muqallid mengharamkan keluar dari mazhab tuan harus baca beberapa kali maksud ungkapan itu. Dan maksud saya juga ialah supaya jangan bertaqlid mazhab, kerana tidak diperintah oleh agama. Tuan membayangkan sesuatu yang salah dan buruk, kenapa tidak dibayangkan dengan perkara yang baik. Misalnya, alangkah bahagianya jika semua negeri di Malaysia ini kembali berpegang kepada al Quran-Hadits, bukankah mudah disatukan dan aman sentosa kerana Allah memerintahkan

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ

jika kamu bercanggah dan berbantah hendaklah kamu rujuk kepada Allah (KitabNya) dan Rasul (Sunnahnya)” – terangkan maksud ayat 58 Surah an Nisa’. Kenapa tuan terlalu khianat untuk mendedahkan perintah Allah itu sehingga tuan timbulkan berbagai alasan untuk mengenepikan firman Allah yang agung itu ?

* Dan kenapa tuan masih mempertahankan alasan rapuh yang tidak berguna itu, tuan maseh pertahankan juga wajib bertaqlid ?

NH: Tuan ini berilmu cetek, tuan ini jahil, tuan Ini taksub, tuan ini anggap orang lain kotor dan jijik, tuan sahaja yang betul, orang lain salah (Nahmar menekan kepala kadang-kadang membentak meja) sambil meneruskan kuthbahnya yang tidak menentu. Katanya: Itulah sebabnya dalam dunia Ini hanya terdapat lima mazhab sahaja yang diiktiraf. Baiklah, dalam dunia ini kalau tidak ada mazhab, bolehkah ummat Islam bersatu faham atas al Quran dan Hadits? Sila jawab !

HG: Allah dan RasulNya tidak mengiktiraf, sebagaimana tuan katakan lima mazhab sahaja yang diiktiraf, semuanya terjadi dengan sendiri sesudah zaman salaf, sesudah zaman Imam Mujtahidin. Kalau begitu soalan tuan, saya juga boleh bertanya: Dalam dunia ini ada tiga ism sahaja yang diiktiraf, iaitu Demokrasi, Komunisma dan Kapitalisma, kalau tidak ada isma-isma itu bagaimana manusia boleh menyatukan faham atas perikemanusiaan? Sila jawab ! Tuan maseh meraba, lebih cetek ilmu dari saya. Tuan tidak percaya kepada kalam Allah, dan maseh mendurhakai perintah Allah dan Rasul, padahal tuan akui bahawa segala keselamatan, kedamaian, keadilan dan sebagainya dan sebagainya juga berada dalam panduan dan hidayah al Quran dan Sunnah, tetapi kenapa tuan dustakan semua itu ? Allah larang berpecah (berikhtilaf dan berfirqah) jika inginkan kejayaan

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

(maksud ayat 31 32 Ar Rum). Dan jangan kamu jadi seperti musyrikin yang memecah-mecah (me­mazhab-mazhabkan) agamanya

وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ  مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ

(maksud ayat 31 32 Ar Rum). Tetapi tuan melanggarnya, tuan tetap mempertahankan supaya kita kekal dalam perpecahan, berfirqah, berikhtilaf, bermazhab, bukankah ini khianat namanya ? Mengkhianati Allah dan Rasul ?

NH: Tuan jangan katakan saya khianat, kerana saya jujur kerana Allah dan Rasul. Bukankah Allah ada berfirman dalam surah Hud: 118:

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬‌ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ

“Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya dijadikan manusia ummat bersatu, tetapi mereka sentiasa berbeza dan berselisih”.

Mengapa Allah tidak berbuat demikian, ten­tu ada hikmatnya. Dan singkatnya, pendapat antara fuqaha dan kecenderongan ummat ber­mazhab itu merupakan ciri daripada rahmat Allah !

HG: Jujur menurut nafsu tuan adalah bathil. Jujur dan ikhlas ialah yang sesuai dengan firman Allah dan Sabda RasulNya. Firman Allah yang tuan terangkan itu bukan alasan dalam bincangan ini. Allah terangkan sifat iradahNya yang Maha Luas, boleh Ia berbuat demikian, tetapi Ia tidak berkehendak demikian, kerana Allah beri akal dan ikhtiar kepada manusia [kerana is bukan kayu, batu atau haiwan]. Allah jadi­kan perbezaan itu untuk diuji dan disaring mana yang taat dan mana yang ingkar, ini lah maksud dalam ayat tersebut.

*Allah tidak akan memungkiri janjiNya, bahawa Allah memurkai mereka yang memisah­misahkan agama dan bertanazuk, bererti jika Islam berpecah belah maka akan ter­masuk dalam ciri kemurkaan Allah, bukan ciri rahmatNya, – ini harus difahami.

NAHMAR BERKHUTBAH

Nahmar mula berkhutbah lagi dihadapan Hashim A. Ghani dengan muka diarahkan kejurusan lain, seolah-olah tidak memandang tepat, (syarahan itu dibiarkan sahaja oleh Hashim A. Ghani) Antara lain isinya ialah:

1. Hujjah kami kuat, bukan menggunakan akal, hujjah mengapa kami bermazhab ialah dari Al Quran iaitu:

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maka bertanyalah kepada ahli-Zikir jika kamu tidak mengetahui”

Ayat ini menyuruh kita bermazhab dan rujuk kepada ahli-Zikir.

2. Jika kita tidak boleh memahami Al-Quran dan Hadits kita disuruh rujuk kepada ahli-Zikir ini wajib difahami. bukan disuruh rujuk kepada Al Quran dan Hadits, tetapi disuruh rujuk kepada alim ulamak.

3. Dan juga jika kita buta, tidak tahu hukum feqah, kita bukan disuruh rujuk kepada Al­Quran dan hadits, tetapi disuruh rujuk kepada Ahli-Zikir yang lebih faham al Quran­ Hadits, Ijmak dan Qias.

4. Bukankah hukum feqah cuma terdapat empat mazhab yang khusus yang diiktiraf?

5. Oleh itu, jika kami buta atau tidak tahu Al-Quran-Hadits, bolehkah kami rujuk kepada Al-Quran-Hadits dengan menggunakan otak kami sendiri tanpa merujuk kepada Ahli-Zikir?

Bolehkah tuan beri keterangan?

HG: Setahu saya seperti yang tuan telah katakan juga bahawa ayat (An Nahl:43) ini tidak ada kena-mengena dengan Mazhab. Ayat ini suatu perintah supaya menuntut ilmu supaya tidak bertaqlid. Ayat ini dihadapkan kepada Ahli-Kitab. Yakni: tanyalah Ahli-Ah li kitab itu tentang para nabi yang dahu lu apakah mereka ada yang terdiri dari ka um wanita, atau mereka terdiri dari Kaum yang bukan manusia, mereka membawa banyak keterangan dan berbagai Kitab.

Kenapa tuan katakan ayat ini menyuruh bermazhab, sedang Allah melarangnya?.

Ahli-Zikir itu pada asal tujuannya ialah Ahli-Kitab, yaitu Ahli-Kitab yang ingat isi kitab mereka tentang sejarah para nabi nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa tuan robah menjadi Imam-imam mazhab dan segala ulamak?, bagaimana tuan mentakhsiskannya?.

Allah dengan jelas menerangkan dalam Surah An Nisa’: 59 memerintahkan supaya rujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Kenapa tuan putar dan rubah supaya rujuk kepada Ahli-Zikir?.

Tuan ini sudah mengingkari Al Quran pula ini berarti tuan lebih buruk dari Dr. Kassim Ahmad yang ingkar hadits.

Allah tidak meletakkan syarat (boleh atau tidak boleh) memahami Al-Quran-Hadits tetapi setiap Umat Muslimin wajib kembali dan rujuk kepada Allah dan Rasul. Tetapi kenapa tuan pandai-pandai membuat syarat yang tidak pernah disyaratkan?.

Kalaupun ayat itu dijadikan qaidah umum (seperti sudah saya jelaskan), maka ayat itu menyuruh supaya menuntut ilmu, jika jahil, bukan suruh bermazhab, dan menuntut ilmu wajiblah kepada orang yang berilmu atau Ulamak, iaitu Ulamak yang, bukan bertaqlid.

Dan jika tuan buta atau tidak tahu hukum feqah bukankah disuruh kembali(rujuk) kepada Kitab Allah dan Hadits Rasul?, dengan cara tuan belajar untuk kembali dan rujuk kepada kedua-duanya kepada Ahli-Zikir?, bukan bertaqlid?

Perbuatan bertanya, menuntut ilmu, mura­ja’ah dan berbincang dengan Ahli-zikir itu bukan kerja orang taqlid, dan jika tuan seorang muqallid tentu tidak perlu berbuat demikian?

Yang perlu ialah orang ittiba'(MUTTABI’) kerana ia perlu mendapatkan keterangan dari Al Quran-Hadits dari seoranq Ahli-Zikir ­atau seorang Mujtahid.

Tuan harus memberhentikan kerja mengelirukan Ummat Islam dirantau ini, dan berhentikan berbuat dusta, tuan boleh berkata kepada orang yang tuli dan boleh bersilat didepan orang buta, tetapi jangan dihadapan orang yang cerdik dan celik. Siapakah yang mengiktiraf bahawa didunia ini hanya maz hab yang empat sahaja diakui?. Sila bawakan dalil pengiktirafan itu dari para Sahabat dan Tabi’ien atau oleh Imam-imam mujtahiddin dari Mazhab empat itu?

Hukum Islam seluruhnya berada dalam Al­Quran-Hadits, bukan dalam mazhab empat sahaja seperti kepercayaan tuan, padahal ada banyak lagi mazhab-mazhab yang lain seperti As’Tsauri, Al Auza’ie, Ishaq, Dawud dan lain-lain yang harus diperhatikan.

Pengiktirafan dalam Agama Islam ialah dari Allah dan RasulNya, bukan oleh Manusia dunia, kalau demikian kenapa tuan tidak iktiraf Mazhab syiah, multazilah, yang memang ada sebahagian besar gulungan manusia yang mengakuinya? Ini menunjukkan tuan berdusta dan mengelirukan.

Kalau tuan buta, atau jahil, dan tidak berotak lagi hingga tidak boleh menggunakan akal, itu sudah mudah, tuan tidak ditaklifkan, hukum tidak mengenai tuan, kerana tuan sudah jadi batu dan kayu. Dan orang yang tidak berakal tidak ada kewajipan agama atasnya.

Jika tuan ada otak dan berakal, tetapi tidak tuan gunakan dia, kerana taksub dan taqlid, maka berarti tuan kufur akan nikmat Allah, dan dengan sendirinya tuan gugur kedalam gulungun Jahilin dan Jamidin. Wal ‘Iyazubillah min zaalik.

Demikianlah keterangan saya.

NH: (Beliau kelihatan gelisah, kadang-kadang berdiri dan sebentar duduk, dan akhirnya menghulurkan tangan memohon untuk berpisah).

Tuan, saya minta ma’af, kerana ada urusan bolehkah kita berjumpa lagi untuk meneruskan perbincangan kita, dan saya mohon pulang.

HG: Alhamdulillah, saya terima tawaran tuan dengan hati renuh terbuka InsyaaAllah.

DIALOG KEDUA

Selang beberapa hari kemudian Nahmar hadir dipertemuan yang ditentukan, selesai memberi salam maka perbincangan dimulakan, beliau membawa buku “Gayung Bersambut-2” dan catatan yang perlu dikemukakannya. Maka dialog terakhir dimulakan.

NH: Tuan, dari GB-2 muka surat 127-128 dan 255 tuan ada menerangkan, rengkasnya:

a. Ittiba’ Us Sunnah menganggap semua Imam Mujtahiddin dan yang sejajar dengannya, adalah ketua-ketua Muslimin. Tetapi menganggap dan tidak menjadikan mereka dan pendapat mereka satu mazhab yang wajib di ikuti.

b. Imam-imam itu bukan semuanya ma’sum, tentu ada yang salah antara dua pendapat Imam itu dan ada yang betulnya, kerana bukankah kedua-duanya betul belaka.

Kita mesti akui tiap-tiap Imam Mu~tahid itu ada benar dan ada salah, sengaja atau tidak sengaja, kerana mereka bukan Nabi. Apakah tuan masih mengakui kenyataan tuan itu?.

HG: Ya! seperti yang saya terangkan.

NH: Kalau begitu saya masih musykil, dan saya perlu terangkan dan menimbulkan pertanyaan kepada tuan!.

HG: Silakan!

NH: Tuan dan gulungan tuan mengharamkan mazhab dengan alasan bahawa Al Quran dan Hadits, Imam-Imam Mazhab melarang taqlid, dan Imam Imam Mujtahidin itu ada yang salah samada sengaja atau tidak, kerana mereka bukan Nabi.

Oleh itu, apa perlunya mereka dihormati? dan apa perlunya tuan petik pendapat mereka?

HG: Tuan jangan keliru dan jangan mengelirukan orang lain dalam masalah ini. Saya sudah jelaskan dalam dialog kita yang lalu, bahawa para Mujtahidin itu tergulung dari mereka yang berakal dan beragama berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul, mereka tidak bertaqlid. Mereka mengarahkan Ummat Islam supaya mematuhi Kitab Allah dan Rasul dengan alasan tegas yang dikemukakannya, bukan mengarahkan supaya bertaqlid kepada mereka.

Dengan itu kami dan tuan perlu mengikuti nasihat Imam-imam itu. Oleh itu saya nampak mas’alah dan soalan tuan itu terlalu dangkal dan tidak harus ditanyakan kepada saya, sepatutnya tuan sudah faham dari hasil bincangan kita yang lalu.

NH: Adakah tuan dan gulungan tuan serupa dengan gulungan Imam-Imam Mujtahidin itu juga? Mana Kitab-Kitab hasil ijtihad tuan? Ini amat melucukan?.

HG: Tuan tidak harus berkata begitu, tuan masih tidak faham kedudukan perkara ini, tuan masih taksub dan meraba dan kehilangan punca.

Kami tidak perlu membuat kitab yang begitu banyak, kerana ia sudah disediakan oleh Imam-Imam itu, namun demikian pehak AlLA MAZHABIYAH, didunia ini sudah menyediakan begitu banyak kitab untuk membasmi taqlid yang sedang tuan dan gulungan tuan pertahankan sekarang.

NH: Apakah tuan lupa bahawa syarat seseorang yang ingin mengasaskan mazhabnya, tersendiri dalam hal-hal berijtihad, tidak boleh meniru atau mencedok hasil isi Mazhab Mujtahidin yang lain?

HG: Saya terpaksa menegaskan lagi bahawa tuan sudah sesat hingga kehujung jalan, disebabkan tuan tidak mengerti langsung perbezaan antara TAQLID dan ITTIBA’, sedangkan itu amat mudah diselesaikan. Ini menunjukkan tuan sentiasa mencari helah dan ikhtiar untuk menentang dan keluar dari Sunnah Rasul dengan segala tenaga yang ada pada tuan dan gulungan tuan.

Kalau kami bertaraf Muttab’ien (menurut dengan keterangan), mengapa kami bersikap sebagai Mujtahidin, dan kalau antara kami ada yang sanggup berijtihad maka mengapa pula ia bersikap Muttabi’.

Meniru dan mencedok tidak menjadi larangan agama asal sahaja yang ditiru dan dicedok itu benar dari punca agama, yang di larang ialah taqlid dan berpuak-puak, dan dilarang ialah membuat keliru dan mengeli rukan seperti yang sedang tuan dan gulungan tuan lakukan.

NH: Baiklah! orang awam memang tidak mampu berijtihad, oleh itu, mereka boleh pilih mana mana Mazhab yang disukainya, atau mengikut ketetapan Mazhab yang ditentukan sesebuah negeri atau kerajaan, betulkah begitu?.

HG: Tuan ini mencari helah lagi untuk keluar dari ajaran Allah dan Rasul! Tidak ada keterangan agama menyuruh demikian, kerana tuan tidak bawakan alasan, kecuali akal tuan sahaja, itulah sebabnya saya anggap tuan ini seorang Muktazilah, mendahulukan akal dari Kitab dan sunnah. Allah tidak memembezakan tugas orang awam dan tugas orang khawas, hanya Allah arahkan supaya beragama menurut kemampuan mereka. Jika mereka mempu beijtihad maka mereka wajib berijtihad dan jika mampu berittiba’, maka mereka wajib berittiba’, namun mereka tetap dilarang bertaqlid dan berpisah-pisah dalam mazhab-mazhab, dan mereka dilarang menjadi jahil.

Penentuan-penentuan Mazhab bagi sebuah negeri atau kerajaan itu bukan dari penentuan agama. Ini wajib tuan fahami benar-benar, tuan jangan keliru dan jangan mengelirukan.

NH: Saya kata begitu, kerana, jika bercanggah antara satu Mazhab dengan Mazhab yang lain soalnya bukan benar dan bukannya salah, kerana benar dan salah itu berpahala belaka, hanya antara satu pehak dengan dua pahala, dengan lain perkataan, bahawa semua hasil ijtihad itu mesti diiktiraf dan dianggap berada atas pertunjuk Allah.

Inilah cara Ahli-Sunnah Wal Jama’ah yang sebenarnya, iaitu menurut Abul Hasan Al-Asy’ari, bukan Ahli-Sunnah Wal Jama’ah dan Mazhab tuan, cara tuan itu ditolak (marfuz), bagi kami.

HG: Cara tuan menggunakan akal itu terang salahnya, kerana tuan taksub dan bertaqlid, tidak dapat panduan yang mana satu yang perlu diikut. Benar dan salah tidak dapat tuan bezakan, tuan satukan antara salah dan benar. Ini disebabkan kedua-dua salah dan benar itu keluarnya dari orang yang tuan dewakan sebagai Ulamak, itulah sebabnya Allah melarang bertaqlid, kerana orang Muqallid tidak tahu membezakan antara haq dan batil.

Allah S.W.T. nasihatkan:

ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ

(Hamba-hamba Allah yang akan mendapat hidayat itu ialah) mereka yang mendengar perkataan (pendapat orang lain) lalu mereka ikuti yang paling baiknya). (Az-Zumar-18)

Maksudnya supaya diambil mana yang, benar dan yang paling sesuai dengan Kalam Allah dan Rasul.

Tetapi tuan kumpulkan semuanya. Ini perbuatan. salah dan menganjurkan kesalahan untuk tidak menerima anjuran Allah.

Imam-Imam itupun tidak meminta supaya semua hasil ijtihadnya diiktiraf, malah melarang diambil fatwanya jika didapati berlawanan dan Kitab Allah dan Sunnah Rasul, ini sudah saya tarangkan dalam GB-2 itu, tuan perlu mempelajarinya.

Abul Hasan Al Asy’ari bukan menjadi pencipta Gulungan Ahli-Sunnah Wal Jama’ah yang sudah wujud sebelumnya, ini sudah juga saya terangkan sebelum dialog kita ini. Tuan jangan mengelirukan orang lain kerana kekeliruan tuan.

Firman Allah:

وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ

“Dan janganlah kamu turut kehendak kaum yang sesat sejak dahulu dan mereka menyesatkan (orang lain) amat banyak! dan mereka (memang) sudah sesat dari jalan yang benar”.

(Al Maidah:77)

Dan Ahlis Sunnah wal Jama’ah yang saya ikuti dan pertahankan iukan Ahli Sunnah wal Jama’ah yang tuan fahami – memang berbeza antara langit dan bumi oleh itu saya tolak gagasan Ahli Sunnah wal Jam’ah yang tuan fahamkan, kerana ia benar-benar bertentangan dengan Ahlis Sunnah Wal jama’ah yang diakui Rasul S.A.W., malah istilah

Ahli Sunnah wal Jama’ah yang tuan akui ­itu ialah ciptaan tuan sendiri, atau tafsiran yang tuan taqlid diri orang lain yang juga bertaqlid.

NH: Tuan tidak patut menolak pendapat saya, kerana saya mengikut Abul Hasan al Asy’ari dan semua orang berbuat demikian.

HG: Saya mesti menolak pendapat tuan, kerana salah dan berlawanan dengan keterangan Rasul, dan kerana tuan bertaqlid kepada Abul Hasan al Asy’ari tanpa memikirkan apa tujuannya. Dan tuan amat kasar maka terpak sa juga saya balas dengan demikian.

NH: Baiklah! Saya tidak puas hati, saya minta tuan jawab soalan saya, iaitu:

Jika Imam Syafilie itu benar, tentu Imam Hanbali dan Imam Maliki salah, cuba jawab. Jika Sahabat Mu’az bin Jabal benar, adakah Ibnu Abbas salah? Bukankah semuanya Mujtahid belaka?.

HG: Ada dua hal yang perlu tuan fikirkan, ia itu:

1. Pendapat yang salah dan pendapat yang benar.

2. Pandapat yang balk dan yang paling baik.

3. Pendapat yang salah dan yang paling salah.

Maka dalam membuat kesimpulan sama, ada menolak atau menerima, ia beredar atas tiga hal ini.

Pendapat yang akan dibuat kesimpulan itu ialah pendapat para Sahabat dan pendapat Imam-imam Mujtahidin yang sudah tentu mereka tidak akan bersengaja membuat kesalahan, tetapi mereka tidak sunyi dari tersalah, kerana mereka bukan Nabi, oleh itu, mereka tetap akan melakukan dua hal iaitu benar dan salah, sedang pada pendapat mereka masing-masing bahawa keputusan yang mereka buat itu adalah benar.

Yang membuat kesimpulan itu ialah kita, setelah memerhati, menimbang, dan membanding antara dua pendapat, maka didapati salah satu antaranya ada tiga hal:

* Salah satunya salah dan yang lainnya benar.

* Salah satunya baik dan yang lain lebih baik.

* Salah satunya salah dan lainya lebih salah.

Untuk menerima atau menolak antara pendapat itu, saya jawab begini:

Bagi tuan yang bertaqlid, tuan akan menerima semuanya samada salah atau benar, samada baik atau yang paling baik, atau salah atau yang paling salah. Kerana tuan telah terangkan anggap segala pendapat manusia yang sudah diiktiraf itu semuanya atas pertunjuk Allah, kerana soalnya bukan salah atau benarnya.

Bagi kami tidak demikian. Bagi kami perlu membuat kesimpulan yang adil iaitu:

* Kami terima yang benar dan tolak yang salah, walau dari siapapun, kecuali dari Allah dan Rasul, kerana kedua­ duanya benar belaka.

* Jika pendapat mereka baik pada satu pehak tetapi ada satu pehak yang lebih baik, maka kami akan terima pendapat yang lebih baik, iaitu jika kami boleh memilih.

* Jika pendapat itu salah atau membahayakan bagi satu pehak dan pendapat yang lebih salah dan lebih bahaya, kedua-duanya kami tolak, dan yang dida hulukan ialah yang lebih salah dan lebih bahayanya.

* Dan jika semuanya sama kebenarannya, maka kami boleh memilih mana yang kami sukai.

Itulah cara kami, tetapi kami percaya cara tuan dan gulungan tuan tidak demikian

Dan bagi para Mujtahidin itu seperti yang tuan juga tahu bahawa, jika mereka benar akan menerima dua pahala,dan jika mereka tersalah akan menerima satu pahala, Ibnu Masud dan Ibnu Abbas ia orang yang dijamin syurga dan termasuk mereka yang di ampuni Allah dosanya.

Bagi muqaliddin yang bertaqlid tetap akan bersalah, pertama kerana, tidak menggunakan akal. Kedua kerana menurut dan menerima yang salah.

Bagi Muttabi’ien yang berittiba’ tetap akan menerima pahala kerana yang diittiba’ nya ialah perkara yang benar dan ia menggu nakan akalnya.

Sekarang terpulang kepada tuan untuk memikirkannya.

Nampaknya dialog ini terhenti buat sementara, kerana masing-masing rehat sejenak seolah­ oleh ada sesuatu yang melintasi dikepala NH, tetapi tiba-tiba beliau memecah kesunyian lalu membuat khutbah.

NH: Sekarang saya nak terangkan kepada tuan, bahawa dizaman Rasulullah memang tidak ada Mazhab, juga dizaman Sahabat dan Tabi’ien. Kalau tidak bermazhab itu salah, tentulah Sahabat-sahabat, Tabi’ien dan Tabi’ Tabi’ ien semuanya sesat, begitulah kata tuan dalam GB-2-254-255.

(Kemudian NH membacakan teks yang dipetik oleh HG dari Mizanul Kubra karya Imam Sya’rani, dan suruh dibandingkan dengan petikannya dari Ustaz Khadar Quffah. Sedang kedua-dua teks itu maksudnya sama bahawa Imam Malik tidak setuju supaya ajaran dan pendapatnya akan dijadikan satu Mazhab yang dijadikan amalan Muslimin.)

Beliau menyambung: Yang penting ialah jenis Imam Malik tidak mengharamkan taqlid supaya Mazhabnya diakui orang ramai, apa yang tidak disukainya ialah memonopolikan Mazhabnya daripada Mazhab-Mazhab orang lain. Yakni Imam Malik anggap berada diatas pertunjuk Allah, orang ramai boleh bertaqlid kepada Mazhab mengikut pilihan masing-­masing.

Oleh itu perlu difahamkan bahawa orang yang tidak mampu berijtihad, harus bermazhab, kerana mereka ini diketagorikan dalam gulungan Muttabi’ atau Muqallid. Tetapi orang yang mampu berijtihad diharamkan bertaqlid kepada Mazhab, mereka diketagorikan dalam gulungan Imam-imam Mujtahid. Inilah ma’na yang sebenar arti Mazhab dan taqlid.

Ini sekaligus merupakan jawapan dan penolakan terhadap pendapat tuan yang berbunyi: (GB-2-254).

*Keluar dari Mazhab itu bukan haram, tetapi wajib.

*Masuk kepada mazhab itu bukan wajib, tetapi haram.

Pendapat tuan itu amat kabur, menyesatkan dan tidak menjelaskan erti bermazhab dan pengharaman bertaqlid.

HG: Adakah tuan mengaku tidak ada Mazhab dizaman Rasulullah, Zaman Tabi’ien dan Tabi’ tabi’ien?.

NH: Ya, mamang.

HG: Imam Malik bertaqlid kepada siapa dan bermazhab apa?

NH: Tidak bermazhab apa pun, kecuali bermazhab Al Quran dan Hadits.

HG: Abu Hanifah, Syafi’ie dan Hanbali bertaqlid kepada siapa dan bermazhab apa?

NH: Serupa Imam Malik.

HG: Tuan terpaksa mengakui kenyataan itu, bukan?

NH: Ya, saya akui.

HG: Kalau Imam-Imam itu tidak bertaqlid dan tidak bermazhab, mengapa pula mereka membuat mazhab dan menyuruh orang bertaqlid kepada mazhab?

NH: Kerana kepentingan orang awam yang tidak mampu berijtihad, tentulah mereka sediakan mazhab untuk ditaqlid.

HG: Ada tuan baca surah Syura ayat 13?

شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحً۬ا وَٱلَّذِىٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦۤ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓ‌ۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِ‌ۚ

“(Allah)telah adakan Syari’at dari agama apa yang diwajibkanNya kepada Nuh, dan (Syari’at) yang Kami wahyukan kepada-Mu (Muhammad), dan apa yang Kami wajibkan dia kepada Ibrahim, Musa, dan ‘Isa, (iaitu) tegakkan agama itu, dan janganlah kamu berpecah-pecah”. (Syura’:13)

NH: Mm, em, ya, saya pernah baca.

HG: Tegakkan dan dirikan agama, dan yang berpecah-belah itu apa artinya, bukankah berfirqah-firqah, berpisah-pisah seperti mazhab-mazhab yang wujud sekarang, bukankah ini yang dilarang Allah?

NH: Munkin, tetapi bukan mazhab.

HG: Tuan jangan berputar lagi, kerana bukti terang ada puak syi’ah, ada mazhab mutazilah, Jahmiyah, ada puak Ahli-sunnah, dan dalam Ahlis-Sunnah pula ada Maliki, Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali. Dan ada berbagai mazhab Usuliyah dan Furu’iyah, dan ada beratus-ratus Tariqat Sufiyah – benar atau tidak?

NH: Ya, benar.

HG: Dan adakah tuan baca surah Ali Imran ayat 105?

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah-belah dan berikhtilaf, sesudah sahaja datang beberapa kenyataan kepada mereka, dan crang-orang itu adalah bagi mereka azab yang besar”. (Ali imran:105)

NH: Ya, pernah saya baca. Tetapi Nabi ada bersabda bahawa “Ahtilaf ummatku itu rahmat”.

HG: Hadits yang tuan sebut itu ditolak, tidak sah, kerana bertentangan dengan Ayat diatas oleh itu tidak dapat tidak tuan setuju bukan?.

NH: Ya, saya terima.

HG: Pernahkah tuan baca Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata:-

‘Janganlah kamu bertaqlid agamamu kepada seorang – Janganlah kamu taqlid kepadaku, jangan kepada Ma lik, jangan Syafi’ie, jangan kepada Auza’ie dan jangan kepada Tsauri- ambillah dari mana mereka ambil’.

Dan saya tidak salinkan kepada tuan, ada banyak lagi kata-kata seumpama ini di keluarkan oleh murid dan sahabat-sahabatnya. (Bacalah GB-2).

NH: Mungkin, tapi saya kurang teliti.

HG: Sebenarnya apa yang saya terangkan ini untuk memberitahu tuan bahawa “jangan bertaqlid, dan tidak halal” dan sebagainya yang dikatakan oleh Imam-Imam itu ialah mereka berpendapat “Haram” bertaqlid dan bermazhab, kerana kedua-dua itu dilarang Allah.

Jadi, apa yang saya tegaskan itu ialah:-

Keluar dari mazhab itu bukan haram (seperti pendapat tuan) tetapi wajib.

Masuk suatu Mazhab itu bukan wajib (seperti pendapat tuan), tetapi haram.

Oleh itu, bukanlah pendapat saya yang kabur dan menyesatkan. Tetapi tuan yang gelap, sesat lagi menyesatkan, disebabkan tuan mendahulukan akal. Tuan adalah pengaku Ahlis-Sunnah wal Jama’ah yang bukan Ahlis-Sunnah wal jama’ah.

NH: Baiklah. Tuan berkata (GB-2: 236-237): bahawa tiap-tiap negeri Islam walaupun Makkah dan Madinah tidak mendapat penerangan secukupnya, dan jelas Imam-Imam Mazhab itu tidak memperolehi petunjuk Sunnah yang sempurna, ada yang sampai kepada Imam Ahmad tetapi tidak sampai pada yang lainnya, dari itu fatwa mereka dalam berapa hal tidak sama.

Saya tidak percaya kata tuan itu, apa benarkah begitu. Bukankah zaman mereka di katakan zaman keemasan? Semua hadits telah dikumpul, disaring, dikenal pasti, hingga kita sekarang kenal Hadits Sahih, Dhaif, Hasan, palsu dan sebagainya?.

HG: Saya ingin membacakan sedikit ayat Al Qur’an untuk tuan, iaitu:

وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ بِغَيۡرِ هُدً۬ى مِّنَ ٱللَّهِ‌ۚ

“Dan tidak ada siapa lagi yang lebih sesat, daripada oranq yang menurutkan nafsunya, tanpa pertunjuk dari Allah”. (Al Qasas:50)

Sekarang saya terangkan:

Kalau Imam-Imam itu sudah lengkap menerima hadits yang sah dari Rasulullah S.A.W. mengapa perlu mereka berijtihad, kerana agama sudah lengkap?

Kalau sudah sempurna lengkap sumbernya kenapa mereka masih mencari hadits di zamannya?

Kalau sempurna sampainya hadits dari Nabi S.A.W. mengapa mesti mereka berselisih pendapat?

Kalau sempurna sampainya hadits kepada mereka kenapa banyak hadits yang diriwayat oleh Imam Malik tidak berada dalam Kitab hadits Syafi’ie dan sebaliknya?

Kalau sempurna sampainya hadits Nabi S.A.W. apa gunanya semua mereka berkata “Bila Sah hadits itulah mazhabku”?

Dan saya terangkan lagi:

Sebaik-baik kurun ialah zaman Nabi S.A.W., kemudian zaman berikutnya (zaman Sahabat), kemudian zaman berikutnya (zaman Ta’bi’ien), itulah zaman keemasan yang diakui Rasulullah S.A.W. kerana zaman itu bukan zaman bermazhab, bukan zaman taqlid. Zaman itu zaman Ahlis-Sunnah wal Jama’ah yang bersih. Zaman Al Quran dan Hadits, itulah zaman yang perlu diikuti oleh Ummat Islam, tetapi tuan menolak untuk kembali merujuk soal agama kezaman itu, kerana otak tuan terletak diekor.

Dan saya terangkan lagi:

Bahawa zaman para Imam Mujtahidin, su dah banyak hadits palsu tersiar, kerana itu mereka menintingnya, dan usaha itu hingga sekarang, kenapa tuan tidak membaca sejarahnya?

Kenapa tuan anggap semuanya maksum, kenapa tuan kultuskan mereka?

NH: Saya lebih cenderung menerima pendapat Ibnu Taimiyah dari menerima pendapat tuan. Kerana Ibnu Taimiyah menyenaraikan sepuluh sebab bagi seorang Imam Mujtahid memilih satu hadits, dan siapa diantara kita yang sanggup mengadakan sepuluh sebab itu, kalau tuan mampu, silakan!.

HG: kalau tuan mula cenderong kepada pendapat Ibnu Taimiyah dan rakan-rakannya, berarti tuan sudah mati hujjah, berarti tuan tunduk kepada pehak kami AL LA MAZHBIYAH. Kerana hujjah yang kami gunakan inipun banyak antaranya yang digunakan oleh Ibnu Taimiyah dan rakan-rakannya, ia tersebut dalam banyak kitabnya dan kitab murid dan rakannya Ibnul Qaiyiem dan lain-lain, yang lebih hebat dari satu yang tuan pilih.

NH: (Beliau terdiam dan mengeluh dengan muka yang merah padam, dan terus menyampaikan sedikit perkataan Ibnu Khaldun) katanya:-

Untuk menjawab kata tuan itu dan dipermulaannya, saya rujuk kepada tulisan Ibnu Khaldun yang dipetik oleh Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi- It

HG: Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi ialah orang Muqallid, tetapi ia lebih berfikiran dari tuan, segala alasan dalam bukunya yang menjadi rujukan tuan itu kosong, beliau hanya menggunakan akalnya dari keterangan Al Quran, Hadits dan pendapat para Imam itu sendiri, saya sudan baca semuanya.

Dan apa yang dipetiknya itu, dan tuan bertaqlid pula kepadanya ialah kata-kata Ibnu Khaldun yang menerangkan sejarah tum buhnya mazhab dimana Ibnu Khaldun sendiri bukan ahli taqlid Mazhab. Dan keterangan Ibnu Khaldun itu sendiri menjadi senjata bagi gulungan AL LA MAZHBIYAH, dan kami boleh tikamkan semula kepada tuan sekarang juga.

NH: (Beliau kelihatan mengerut muka dan menekan perut sambil meminta maaf dan keluar): Maaf tuan, saya keluar sebentar, tetapi saya amat tidak puas hati.

DIALOG TERAKHIR

Setelah selesai hajatnya, Nahmar masuk dan duduk menghadapi Hashim A. Ghani dengan muka yang serius, seolah-oleh melempar sebutir ledakan.

NH: Saya hendak beritahu tuan, bahawa tulisan dan kata-kata tuan ini tidak lebih merupakan rekaan dan sikap taksub dan membuta tuli terhadap mazhab-mazhab. Seperti berada dipadang terbuka, orang mendengar ceramah Hashim A. Ghani menyeru seluruh Ummat Islam.

Itu tentunya bukan ceramah politik, juga bukan ceramah agama. Orang tentu menbuat kesimpulan, ini ceramah segulungan Ummat Islam yang taksub dan menegak benang basah untuk menentang segulungan Ummat Islam yang lain, kemudian ia pasti akan nendapat sorak dan tepuk hanya dari pengi­kut-pengikut tuan, tetapi tidak terlihat tepukan oleh seluruh Ummat Islam Malaysia.

Saya dapati ceramah tuan amat cetek dan dangkal pengetahuan tuan mengenai agama Islam secara manhaj tarbiyah dan jihad. Bidang tuan dipersempitkan kepada Ibadah sahaja, tuan berfikir seolah-olah dalam dunia ini hanya tuan dan gulungan tuan sahaja yang benar, sedang gulungan lain, kotor dan tidak layak dibangsakan kepada gulungan tuan.

HG: Nahmar! Saya ingin bertanya kepada tuan, apakah tuan sedar apa yang tuan perkatakan ini? apakah tuan sudah hilang peduman? sehingga tuan berani mengeluarkan kata-kata celupar seperti orang hilang akal dan tidak siuman?. Kata-kata tuan ini kata-kata kufur dan amat dzalim. Apakah tuan tidak sedar bahawa perbuatan tuan ini bukan tempatnya?.

Sepanjang perbincangan kita ini saya tidak mendapati satupun sanggahan tuan itu yang betul dan bertatatertib, melainkan se mua alasan tuan palsu dan tuan reka dengan otak tuan sendiri – saya sebenarnya bukan berselisih dengan tuan, tetapi tuan yang mengada-ngada turut campur dalam masalah kami sehingga tuan memburuk-burukkan Ahlis-Sunnah negeri tuan di Perlis dan pertubuhan ISLAH yang ada di Perlis.

Tuan harus bertaubat bila hujjah tuan tidak berharga dihadapan saya.

NH: Tidak, tidak. Tuan seperti orang Yahudi menganggapkan bangsa mereka sahaja sebagai as Sya’bullah al Mukhtar , atau “Bangsa Pilihan Allah”, sedangkan bangsa lain tuan anggap sebagai bangsa kotor dan tarafnya rendah dengan binatang-binatang.

Kalau tuan bercakap mengenai Al Quran dan Hadits sahaja tanpa menyentuh atau taksub, sudah tentu kami akan menyambut dengan gembira, dan ini lebih baik dari pendirian Kassim Ahmad yang menyeleweng yang hanya menyentuh Al Quran sahaja tetapi menolak Hadits.

Tuan boleh bercakap apa yang tuan sukai kita menghormati kebebasan bercakap tuan, tetapi orang-orang semacam tuan, kita hanya mengucapkan: Assalamualaikum, la nabta ghil jahilin. (Nahmar kelihatan menggeletar hampir-hampir pengsan dengan mulutnya berbuih-buih – kerana tidak upaya menahan sabar).

HG: Tuan Nahmar!, Tuan, tuan harus bersabar! tuan tidak patut mengatakan saya seperti Yahudi, kalau saya Yahudi maka tuan lebih Yahudi dari Yahudi, kalau tuan anggap saya cetek dan dangkal maka tuan lebih cetek dan dangkal, kerana tuan tidak mengerti langsung agama Islam dan selokbeloknya.

Tuan harus membaca ayat Allah ini:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

“Wahai orang-orang beriman! jangan lah satu kaum merendahkan kaum yang lain, kerana mungkin mereka (yang dihinakan itu) lebih baik dari mereka (yang menghinakan). Dan jangan kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerena munkin mereka (yang dihinakan itu) lebih baik dari mereka (yang menghinakan) Dan janganlah kamu gelar menggelarkan bangsa kamu sendiri dengan berbagai gelaran, sebusuk-busuk nama derhaka sesudah beriman. Tetapi siapa yang tidak bertaubat, maka orang-orang itu adalah orang-orang yang dzalim. (Hujurat 11)

Dan sekarang saya mahu tegaskan lagi:-

“Bahawa Kami menyeru seluruh Ummat Islam, wajib meninggalkan mazhab mereka, kerana mengambil mazhab itulah sebenarnya yang terpesong dari kebenaran, disebabkan tiada satupun dalil agama supaya mengambil mazhab, tetapi kerana mereka tidak mengerti isi kitab Al Quran, mereka sanggup bermazhab, itulah yang benar, yang lain terpe­song belaka…”.

“Kami sedang menyambung suara dari kaum Salafiyin dunia kini, bahawa melazimi mazhab Syafi’ie (sahaja) bagi seorang muslim atau satu-satu negeri, bukan dari ajaran Al Quran dan Hadits, malah bukan dari ajaran Islam. Mereka yang memperjuangkan tertegaknya mazhab adalah menegakkan benang basah, mereka adalah ahli batil, bukan ahli haq, dan mereka yang memperkecilkan dan memandang sepikan AL’LA MAZHBIYAH ada lah menerima ilham dari bukan Islam”.

Akhirnya saya menasihatkan tuan, supaya keluar dari ranjau Taqlid yang amat bahaya itu, jadilah tuan seorang MUTTABI’ yang berakal siuman. Dan saya do’akan tuan supa ya mendapat hidayah Allah.

Terima Kaseh.

(Kedua-duanya bersurai)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: