PEMBELAAN KEPADA MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ancaman terbaru terhadap Gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah pastinya bukan yang terakhir. Apa yang diharapkan, kejadian tersebut bukan penyebab untuk surut kebelakang. Keazaman untuk menjadi Anshar  dan pembela Muhammad Rasulullah harus lebih berani dan berterus terang, cukuplah rasanya selama ini kita mempertahankan diri. Tuduhan liar terhadap gerakan ini dengan lebel Kaum Muda, Wahabi. AL-Tab’di dan sebagainya yang menghinakan sudah sangat keterlaluan dan menyakitkan hati. Malah yang lebih dahsyat lagi ada yang mengibaratkan fahaman ini sebagai wabak yang ditakuti ditengah-tengah masyarakat, iaitu AIDS. Adapula cadangan untuk menyahkan kita dari negara ini kerana bukan bermazhab Syafie. Alangkah dahsyatnya tuduhan-tuduhan dan kata-kata nista sedemikian. Beginilah jadinya jika nafsu sudah menguasai fikiran, sehingga menutup segala fakta kebenaran yang dihadapkan. Mereka lebih menyanjungi warisan yang diwarisi dari nenek moyang, maka barangsiapa mengingkarinya atau mempertikaikannya, maka orang itu akan dianggap sebagai pendurhaka atau pemecah belah perpaduan yang menjadi arus perdana ketika ini katanya.  Jenama WAHABI terus menerus menjadi sasaran kemarahan dan kebencian yang amat meluap-luap. Perancangan jahat untuk membenteran fahaman WAHABI dirancang dengan teliti. Di Kuala Pilah ini sendiri maupun disekitarnya, seluruh Mesjid-mesjid dikunjungi oleh penceramah mereka dan memberi amaran kepada masyarakat tentang bahaya yang datang dari Ma’ahad Ittiba Us Sunnah yang wajib dijauhi dalam setiap syarahan. Kami mengetahui perjalanan kotor itu, sehingga peristiwa penangkapan Ustaz Rasul Dahri adalah didalangi oleh mereka-mereka tersebut, dan sehingga kehari ini semenjak 4 bulan yang lalu tiada apa-apa pertuduhan dihadapkan kepada beliau oleh pihak berkuasa Jabatan Agama NS.  Kejadian sama turut berlaku kepada Dr Asri. Kegelojohan JAIS mengundang pelbagai kritikan. Kemunculan tiba-tiba Zamihan Al-Ghari dengan mendakwa bahawa Dr. Asri memalsukan Sijil beliau sangat menjengkelkan, walaupun kemudiannya beliau menafikan, dan  dengan sendirinya tangan-tangan ghaib yang dikatakan itu kini sudah diketahui, Jelas bahawa musuh SUNNAH adalah BID’AH, Muhammad Bin Abdul Wahab yang dilebel WAHABI adalah Ulamak yang mengembalikan umat kepada Ajaran Islam sebenar dengan membenteras Khurafat, tahyul serta Bid’ah yang berselerak ketika itu yang menjadikan kubur sebagai tempat pemujaan, MAKA ITU pemuja kubur itulah yang menjadi musuh kepada WAHABI. Adalah ditegaskan pembelaan kepada fahaman yang dikatakan WAHABI itu haruslah lebih berterus terang dan berani pada masa akan datang. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: