TANGKAP LAGI !!!

Assalamualaikum wbt!

Firman Allah SWT: “Mereka mahu supaya dapat dipadamkan  Nur sinaran Allah dengan mulut-mulut mereka, padahal Allah tetap akan sempurnakan NurNya, meskipun dibenci oleh orang-orang yang mengingkarinya:. (Saff:7)

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang ketika menyampaikan kulian kepada 200 orang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor tidak menghairankan. Kerana selagi sistem penjajah menjadi amalan pemerintah, selama itu para pengembang Agama yang bertentangan dengan pemerintah akan terus diburu. Apatah lagi penentang yang berada dikiri kanan akan sentiasa menjalankan peranan mereka sebagai kaki kipas dan pengampu dan membisikkan kepada orang atasan supaya suatu hukuman dikenakan kepada mereka.. Sebelum itu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang diketuai oleh Persidennya Mohamad Isa Abd. Ralip yang mendakwa bersama-sama dengan 13 NGOs yang lain (Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia, Yayasan Sofa NS, Yayasan Jenderami, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia, Yayasan Paksi Kedah, Persatuan Ulamak Kedah, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), telah menyerahkan suatu Memorandum kepada Yang DiPertuan Agong meminta Baginda menarik balik perlantikan Dr. Asri sebagai Yang Di Pertua YADIM. Memorandum tersebut disiarkan dalam website Persatuan Peguam Syarie Malaysia, namun kemudian ia ditarik balik atas alasan teknikal. Kami percaya mereka terpaksa menarik balik memorandum itu daripada tersiar kepada orang ramai, kerana bimbang hujjah longgar yang mereka kemukakan dalam memorandum itu akan diketahui ramai dan akan memalukan Persatuan itu sendiri. Namun kami berkesempatan untuk mendapatkan salinannya, dan memang terbukti bahawa mereka-mereka itu sangat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Pembaharuan yang dibawa oleh Dr. Asri dan kawan-kawannya itu akan menggugat kesenangan yang mereka nikmati sekarang. Mereka juga bimbang warisan nenek moyang yang menjadi amalan masyarakat Melayu zaman berzaman yang sarat dengan amalan animisma ditinggalkan Umat Islam dan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Kami juga percaya laporan polis dibuat oleh mereka yang iri hati dengan perkembangan pesat gerakan pembaharuan ini, terutama mereka yang mensebatikan diri mereka dengan kubur-kubur dan beraqidah bahawa Rasulullah saw masih hidup dan boleh datang kepada siapa yang yang Baginda mahu, seperti kepercayaan kaum tarikat yang berselerak di Negeri Sembilan ini. Apatah lagi sekarang ini seorang yang diangkat sebagai Syeikh Besar tarikat tersebut sedang bergerak di Gombak dengan menjadikan Agama sebagai sumber pendapatan. Ini ditegaskan oleh Dr. Asri bahawa institusi Agama dilihat sebagai ruang membuat keuntungan kepada sebuah akhbar. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada Dr. Asri dan kawan-kawannya agar tabah menghadapi dugaan ini dan kami akan bersama bagi membebaskan pemikiran kolot dan jumud sebahagian bangsa Melayu yang sudah lama terjajah dan bertaklid buta.

Dalam pada itu Persatuan Peguam Syarie (PGSM) dalam Kenyataan Medianya semalam (Ahad 1hb November 2009) memperlihatkan kecelaruan mereka. Dalam Memorandum yang dihantar kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, persatuan itu bersama-sama dengan NGOs yang lain memohon kepada Yang DiPertuan Agong supaya menarik balik perlantikan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertua YADIM. Tetapi dalam Kenyataan Medianya pula menyatakan bahawa Jawatan Yang DiPertua YADIM masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kerajaan. Oleh yang demikian bagaimana boleh pihak PGSM mengutus kepada Agong supaya menarik balik Jawatan tersebut??. Selain itu PGSM dalam kenyataannya melahirkan rasa kecewa atas sikap Dr. Asri yang dikatakan cuba membesar-besarkan isu tersebut dan cuba mengheret masyarakat awam dan mencari publisiti. Bila isu ini diketahui ramai, PGSM mula gelisah, Memo yang dipaparkan dalam Web-site persatuan itu dikeluarkan dengan serta merta dengan alasan teknikal. Apabila mereka sendiri celaru, Dr. Asri pula dituduh sebagai mencari publisiti. PGSM mendakwa memorandum kepada YDP Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana dan tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia. Jelas PGSM mengamalkan pendekatan songsang dalam memimpin Umat Islam dan menjadikan ARUS PERDANA sebagai panduan dalam beragama bukannya Qur’an dan Hadits.

Berita terkini yang diterima, bahawa pihak JAIS masih lagi belum mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Dr. Asri walaupun telah dihadapkan ke Mahkamah.  Kejadian sama berulang bilamana Ust. Rasul Dahri ditangkap di Ma’ahad Ittiba Is Sunnah pada bulan Jun yang lalu,  dan sehingga kehari ini tiada sebarang pertuduhan dibuat. Apakah Jabatan-jabatan Agama Islam dinegara ini mengamalkan sikap sedemikian dalam menjalankan perintah agama? Atau Jabatan itu sudah menjadi alat kepada pihak-pihak tertentu yang sudah merasa tergugat kedudukan mereka? Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: