DIAMBANG PENUBUHAN JAMAAH AS-SUNNAH MALAYSIA

ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاته

Adalah menjadi suatu harapan bagi seluruh Jamaah As Sunnah yang kembali kepada Al-Qur’an dan Sunah Rasul SAW kewujudan sebuah organisasi yang berdaftar dengan pemerintah, agar perjalanan gerakan ini tidak terganggu. Gesaan dikeluarkan juga bahawa Gerakan ini harus menampilkan identiti sebenar dan tidak terikut-ikut dengan rentak semasa, kerana selama ini berlaku, kita akan sentiasa terkebelakang dan dipermainkan. Semenjak tahun 60han usaha untuk mendaftarkan Pertubuhan yang mewakili Jamaah As Sunnah Malaysia yang diketuai oleh Hj.  Rijal Abdullah yang telah mengadakan kongres penubuhannya di Kuala Lumpur yang memakai nama Muhammadiyah menemui jalan buntu, juga akibat konfrantasi dengan Indonesia ketika itu, dan ia dilanjutkan lagi dengan nama Badan Perancangan Muhammadiyah Malaysia dan Jamaah As Sunnah Malaysia diera tahun 70 dan 80han yang berpusat di Kelang dan Kuala Pilah, namun kesemuanya menemui kegagalan, dan ia mudah diketahui kerana kebimbangan terhadap perpegangan fahaman gerakan ini yang bertentangan dengan pemerintah. Kegagalan mendapatkan pengiktirafan berpetubuhan ketika itu dilihat kerana mempertahankan identiti sebenar.  Maka apakah sekiranya, cubaan untuk kesekian kalinya mendaftarkan Pertubuhan Jamaah As Sunnah menemui kegagalan, dan mencari suatu penampilan identiti yang lain walaupun hakikat sebenarnya tidak? Yang penting pengiktirafan Allah SWT yang dicari.  Wabillahit taufik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: