GERAKAN KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN SUNNAH: CABARAN DAN HARAPAN

Penyatuan, keberkesanan dak’wah dan Ketahanan Benteng bagi Golongan Kembali Kepada Al-Qur’an dan As Sunnah amat penting ketika ini untuk dibincangkan. Ini memandangkan usaha-usaha jahat sedang giat dijalankan oleh musuh-musuh gerakan ini ketika ini yang tiada hentinya, yang sudah sebati dengan amalan bid’ah yang disangka berpahala itu. Mereka dengan tiada sopan lagi melebelkan kita LEBIH BAHAYA DARI PENYAKIT HIV AID. Mereka telah menguasai Jabatan-jabatan penting Kerajaan bagi melenyapkan gerakan ini, malah memperalatkan beberapa agensi Kerajaan bagi mencapai tujuan dan maksud mereka dengan mengukuhkan penguatkuasaan, mengadakan seminar dan sebagainya dengan alasan membenteras ajaran SESAT.

Sebenarnya ajaran SESAT telah lama bercokol dinusantara sejak mula kedatangan Islam dirantau ini. Pengkaji   sejarah tentu mengetahui bahawa seluruh kepulauan Melayu sebelum kemasukan sebarang agama baru, alamnya dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan primitif yang mengandungi kepercayaan terhadap roh-roh atau semangat. Pemujaan kepada “kuasa ghaib” yang dianggap wujud didalam benda-benda beku seperti batu, gunung, yang dianggap ada pada tumbuhan, haiwan dan manusia samada yang masih hidup atau  mati sangat luas diseluruh nusantara.

Kepercayaan kepada primitif itu melahirkan pemujaan terhadap berhala seperti yang masih didapati dikalangan orang-orang Asli di Semenanjung, di Tanah Jawa, Kalimantan dan lain-lain.  Pengaruh Budha mengalir dari Utara dan bercampur baur dengan Hindu dan terus menjadi pegangan di Bali, kebudayaan yang bercurak keberhalaan dalam tiga anasir kepercayaan (animistik, Budha dan Hindu) dapat dianggap telah menguasai seluruh rantau, dan apa yang dikatakan kebudayaan oleh semua suku bangsa dirantau ini sebenarnya adalah Agama dan kepercayaan yang masih dianuti dengan kuatnya.

Agama Islam dibawa masuk ke gugusan pulau Melayu melalui perdagangan, dari saudagar-saudagar India yang menjelajah kepesisir Sumatera. Islampun berkembang keseluruh kepulauan Melayu dengan pesatnya dan di Tanah Melayu ia bertapak dalam kurun ke-14. Sesuai dengan iklim kepercayaan orang-orang Melayu, maka faham Agama bercurak SUFI cepat mendapat kedudukan, ajaran-ajaran WUJUDIYAH (Kesatuan Makhluk dengan Khaliq) yang dibawa kaum TASAWUF cepat berkembang, kerana tanah yang suburnya untuknya memang sudah ada. Kaum Tasawuf itu menumbuhkan terlalu banyak TARIQAT antaranya seperti Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Syathariyah, Ahmadiyah dan banyak lagi, dan Syeikh dan guru-guru Tariqat  itu mendapat sanjungan dikalangan masyarakat Islam, mereka dipuja dengan anggapan mereka memiliki kekeramatan dan mengetahui perkara ghaib. Kerana itu kita boleh dapati ada banyak makam wali dan keramat besar atau kecil dinegara ini. Dipandang dari sudut Al-Qur’an, semuanya telah menjadi berhala yang disembah. Walaupun Islam berjaya menguasai semangat di kepulauan Melayu, tetapi mereka terus membawa bersama segala kepercayaan SEMANGAT ANIMISMA, HINDU dan BUDHA kedalam Islam, dan sekarang pengaruh Kristian dalam angkatan baru.

Ajaran SUFI AL-HALAJJ berfaham WUJUDIYAH amat berkembang di Aceh anjuran Hamzah Al-Fansuri dan Shamsuddin Al-Sumatrani dalam abad ke-16, fahaman ini  mengalir dari ajaran SYI’AH.

Manakala fahaman Sunni yang sampai kekepulauan Melayu dibawa oleh para pengikut-pengikut Imam Syafi’ei atau yang disebut Syafi’eiyat, mereka pula tidak pernah mempelajari Kitab-kitab Imam Syafi’ei. Sebab itu banyak didapati amalan umat Islam bercampur baur dengan berbagai ilmu kebatinan yang berasal dari ajaran Sufi dan lain-lain.

Perkembang Islam dirantau ini adalah menurut gelombang dari zaman ke zaman. Para da’ie terpaksa melenggang menurut alunan tarian masyarakat disini, ini disebabkan bahawa kader-kader itu dilahirkan oleh masyarakat, bukan kader yang dilahirkan oleh Islam, sebab itu ramai guru-guru agama, ulamak-ulamak bimbang menyampaikan kebenaran, apatah lagi bila mereka digajikan oleh pemerintah dan mewah dengan harta dunia. Kita juga tidak melihat Kitab Al-Qur’an dan Hadits Nabi dijadikan matapelajaran utama untuk difahami oleh anak-anak Islam, padahal Kitab itu diwajibkan dipelajari oleh Allah SWT, bukan seperti kitab-kitab asing yang hanya terletak di gereja, kuil maupun lainnya. Pengajaran yang sampaikan hanya sekadar pemahaman Tajwid-Taranum, Berzanji dan berqasidah.

Oleh kerana jiwa dan roh seluruh alam Melayu pada dasarnya penuh dengan pemujaan kepada benda-benda GHAIB dan pendewaan kepada kuasa yang mengkagumkan , maka ilmu-ilmu kebathinan berteraskan LAGENDA dan TAHYUL telah menjadi adat resam yang sukar dihilangkan (seperti menganggap ada wali dalam satu masa berada ditiga atau lebih tempat). MAKA KEHADIRAN ISLAM ITU TELAH DIJADIKAN SEBAGAI ALAT MEMPERKOKOH DASAR KEBATHINAN YANG SEDIA ADA.

Dengan jelas dapat dilihat, bahawa semua aspek pengajaran Islam telah diserapkan kepada ilmu-ilmu kebathinan. Ilmu Tauhid Sifat 20, bercorak kebathinan, Ilmu Tassawuf, bercurak kebathinan, Ilmu-ilmu feqah juga banyak dibawa kepada kebathinan dan berbagai lagi adat resam dan kepercayaan yang pada lahirnya Islam tetapi berteraskan Sifat Keberhalaan.

Untuk menganalisa AJARAN SESAT ia hendaklah diserahkan kepada para ahli dalam bidang Al’Qur’an dan Sunnah, bukan kepada mereka yang fanatik kepada puak masing-masing, bukan kepada ahli politik dan kebudayaan dan tentunya bukan kepada penyembah dan pemuja  kubur dan pengekor Muqallidin. Al-Qur’an dan Sunnah sahajalah yang dapat menentukan  benar atau sesatnya sesuatu ajaran, kerana Nabi Muhammad SAW telah mengariskan bahawa “sesiapa sahaja yang mengerjakan amal, yang bukan dari anjuranya adalah SESAT semuanya”.  Kita harus yakin bahawa Islam bukan dimiliki oleh sesiapa, samada ia berkuasa atau tidak, tetapi Islam adalah dipunyai oleh Allah SWT.

OLEH YANG DEMIKIAN, adalah jelas tidak dapat tidak untuk membenteras AJARAN SESAT itu adalah terpikul diatas pundak mereka yang Kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah, yang mendapat tentangan  dari semua pihak yang dilahirkan oleh Agama Campuran itu. Gerakan Kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah pada awalnya dibawa oleh beberapa kerat ulamak sahaja, mereka mendalami Qur’an dan Hadits dengan mendalam, menurut jejak  Para Salafis Salihin. Tetapi kini bertambah ramai yang tidak harus diperkecilkan dan dimomokkan dengan Kaum Muda, Wahabi dan berbagai nama yang merendahkan. Masaalah Kaum Muda mungkin tidak berbangkit lagi kerana apa yang ditegur dahulu sudah menjadi kenyataan hari ini.

Demi pentingnya penyatuan, dakwah dan kekuatan benteng Gerakan Kembali kepada Al’Qur’an dan Sunnah, maka kesatuan yang sudah terbina sekarang harus diperteguhkan supaya batu asas yang dibina tidak berserak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: