UST RASUL DAHRI KALAH MATI DI KUALA PILAH?

Sebuah blog http://hanifsalleh.blogspot.com/2009/06/rasul-dahri-kalah-mati-di-kuala-pilah.html memuatkan berita mengenai penangkapan Ust. Rasul Dahri di MIS Kuala Pilah tempoh hari. Beliau kata URD KALAH MATI DI KUALA PILAH, bukan kalah mati seperti sangkaan beliau, tetapi respon yang diterima daripada masyarakat amat bersimpati dan merangsang agar MIS terus menaburkan bakti kepada masyarakat. Ramai yang menyangka MIS sudah tutup, tetapi kejadian itu telah memberitahu masyarakat bahawa MIS masih aktif dan mereka memberikan rangsangan. Moderator blog tersebut itu juga memuji tindakan pro-aktif  penyiasat JUINS itu dalam mengekang perkembangan gerakan WAHABI, kebimbangan moderator blog tersebut terserlah lagi dalam posting lain dan menuduh Astro sebagai agen WAHABI kerana membenarkan Dr Asri Zainol Abidin keudara di stesyen tersebut. Nampaknya blogger tersebut dalam keadaan kelamkabut, cemas dan resah gelisah bila Gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah semakin mendapat tempat dihati masyarakat, jangan begitu, beristighfarlah saudara. Moderator blog itu mempertikaikan lagi, URD tidak memiliki tauliah dan tidak perlu berada di Negeri Sembilan, sambil memetik gambar (tanpa izin?) dan juga memetik beberapa artikal  disini (yang dikerat-kerat mengikut kesesuaian beliau). Perlu diberitahu kepada beliau dan semua, bekas sistem penjajah melahirkan sekatan dan larangan sebanyak-banyaknya terhadap kegiatan rakyat, dan mengadakan hukum yang berat terhadap kegiatan itu, ini memang sesuai dengan penjajah, sebab itu, dalam enakmen JUINS (yang masih tidak berubah) banyak disebutkan larangan itu, larangan ini, jangan itu, jangan ini, jangan-jangan-jangan, ini kekangan kepada kegiatan rakyat. Jika diteliti dengan otak yang dingin dan dibandingkan dengan anjuran Al Kitab dan As Sunnah didapati ia terbalik dan berbeza antara langit dan bumi, maka akibat dari peraturan itu ialah menambah kejahilan umat dan rakyat dalam beragama dan penjarah agama amat gembira kerana umat Islam kekal dalam kejumudan dengan amalan nenek moyang  yang tidak kembali ke sumber Islam iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Dan ini yang sedang berjalan, dan orang yang bersekongkol dengan ini pun turut sama seperti moderator blog tersebut. Dalam hal Tauliah seseorang da’ie tidak perlu menunggu Tauliah daripada sesiapa untuk berdakwah, tidak perlu tunggu keizinan dari penguasa seperti Fir’aun dalam pemerintahannya.

Mengenai buku “Tokoh Ulamak Silam” Hj. Abdullah Hj. Sijang, seperti yang diperkatakan oleh moderator blog tersebut, saya sudah membacanya, namun penulis buku tersebut Wan Ahmad Arshad tidak mendetailkan apakah kesesatan yang telah difatwakan oleh Hj. Abdullah Sijang  Saya dapati buku tersebut tidak layak untuk dibuat kajian bagi menyesatkan MIS, kerana tidak ada satu hujjahpun mengenainya, tetapi lebih layak untuk memenuhi program  anjuran Jabatan Agama NS seperti Sambutan Maal Hijrah dan sambutan-sambutan lain yang pembacanya membaca sepintas lalu, dan sebagai memenuhi tuntutan tetamu kehormat program,  buku tersebut adalah lebih merupakan biografi Ulamak yang dikenang. JUINSpun dalam kenyataan YDPnya tahun 1984 (rujuk  bahan dokumentasi kami) menyatakan MIS tidak salah, tetapi mengelirukan. Tetapi kerana moderator blog tersebut seorang yang bertaqlid dan ta’sub dengan puaknya, maka ia ambil dan telan bulat-bulat apa yang orang lain perkatakan tanpa memeriksanya. Saya mengesyurkan supaya moderator blog tersebut bersifat lebih dingin dan berlapang dada dalam mencari keredhaan Allah SWT dalam pengibadatan terhadapNya.

Kita amat mengetahui bahawa usaha-usaha pihak yang menentang MIS dan rakan-rakan sedang giat dilaksanakan disekeliling MIS atau disekitar Kuala Pilah dan Negeri Sembilan, dan ini akan kita hadapi dengan berani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: