MENGHALANG MAJLIS ILMU

Perbuatan menghalang Majlis Ilmu yang berlaku di MIS pada 21hb. Jun 2009 jam 11.30 pagi adalah amat dikesalkan. Perbuatan menyekat dan menghalang umat Islam daripada menerima Ilmu adalah hak peribadi dan kumpulan yang tidak boleh diganggu oleh sesiapapun, kecuali ajaran itu jelas bertentangan dengan agama itu.  Hak ini bukan sahaja ada dalam Islam, tetapi menjadi perpegangan kepada semua yang beragama. Apatah lagi yang diajarkan itu berdasar kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasul.  Kebanyakkan mereka yang memegang tampuk kekuasaan yang berada di Jabatan-jabatan Agama tidak menyedari akan hal ini. Ataupun mereka hanya menjadi orang-orang suruhan kepada akta-akta yang sengaja diadakan oleh penjajah Kristian bagi menghalang perkembangan Islam.  Akta tersebut harus dikaji semula dan penguatkuasa tidak membuta tuli melaksanakannya, supaya mereka yang berdakwah dan mereka yang ingin kembali kepada Islam yang bebas dari bid’ah, tahyul, khurafat dan syirik tidak terganggu dengan akta yang dicipta penjajah itu.  Kakitangan bawahan Jabatan atau agensi lainnya hanya akan berkata dengan dangkal “saya hanya menjalankan tugas”.  Umat Islam berusaha mencari Ilmu semata-mata hanya  ingin beribadat kepada Allah, bukan mencari kepentingan peribadi bagi mengejar pangkat, kedudukan dan kekuasaan seperti yang yang banyak kelihatan.

Oleh yang demikian, kita menyeru agar pihak-pihak yang berkuasa memeriksa semula peraturan dan akta yang jahat itu diperbaiki dan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan itu bagi kepentingan kumpulan/tarikat mereka bagi mengejar kekuasaan dan menindas.  Mereka yang bertanggungjawab jangan bongkak dan sombong dengan kekuasaan, kerana menurut pandangan Al Qur’an golongan ini adalah sama seperti Abu Jahal yang menghalang Nabi Muhammad SAW  dalam dakwahnya.  Perhatikanlah pihak yang berkuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: