AWAS DENGAN KESESATAN INI

4 Responses to AWAS DENGAN KESESATAN INI

  1. nordin says:

    Saya melihatnya sebagai suatu yang menarik untuk dibincangkan. Aktiviti yang kita lihat sebentar tadi adakah ianya berupa ibadat atau semata-mata aktiviti sosial budaya? Apakah iqtiqadnya betul atau salah pada sisi Islam? Atau adakah ia serasi atau bercangkah dengan nilai dan akhlak Islam? Inilah persoalan-persoalan yang harus kita tanya apabila kita cuba menilai sesuatu itu, sama ada boleh diterima atau ditolak.

    Dalam Islam, hal-hal ibadat ini adalah perkara yang penting.Kita tidak boleh mengada-adakan amalan ibadat semata-mata kita mahu buat lebih atas sifat mahu lebih taqwa kepada Allah. Seperti contoh menunaikan solat zohor lapan rakaat. Ini adalah bidaah dan tidak diterima bahkan berdosa kerana mengada-adakan suatu perkara baru dalam ibadat.Ibadat mestilah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Selain daripada itu adalah haram.

    Jelasnya, aktiviti yang kita lihat tadi tidak boleh di katakan ibadat kerana tidak ada sunah yang menyatakan demikian. Tetapi bolehkah kita mengatakan ianya haram dan bidaah?

    Dalam Islam, semua aktiviti sosial adalah asal sifatnya harus, melainkan telah ada ketetapan haramnya seperti berjudi, minum arak, tenung nasib, makan babi dan lain-lain ketentuan yang telah digariskan dalam Al Quran dan Sunnah. Selagi tidak ada keterangan yang jelas dan ketentuan Allah maka ianya harus dan boleh dilaksanakan. Seperti contoh menyanyi dan menari itu asal sifatnya adalah harus. Tetapi sekiranya wujud unsur-unsur syirik, pergaulan bebas lelaki dan wanita dan tidak menjaga akhlak,membuka aurat,menggunakan perkataan lucah dan aksi lucah dan tidak menjaga solat maka ia bertukar menjadi haram dan berdosa. Tetapi jika nyanyian itu dimasukkan lirik mengagungkan Allah, menunjulkan akhlak mulia dan bersopan maka jadilah ia amalan budaya yang baik dan sihat.Aktiviti tadi bersifat ‘cultural’ yang ditambah nilai zikir.

    Dalam Quran, Allah memuji manusia yang sentiasa ingat dan menyebut-nyebut namaNya ketika baring, duduk,ketika sorang maupun ramai, hatinya sentiasa ingat kepada Allah. Inilah yang perlu kita teladani, iaitu menjadikan seluruh gerak kerja termasuk sosial dan budaya bermunafaat dan tidak lagha (sia-sia).

    Sebagai renungan mari kita perhatikan aktiviti ini,iaitu tahlil arwah, yang lumrah dilakukan dalam masyarakat. Cuma saya minta kita menilai apakah ianya ibadat atau bersifat ‘cultural’ dan adakah ianya bidaah dolalah atau harus dan baik sifatnya?

    Wallahu ‘alam. Terima kasih

    • almizaan says:

      Saya melihatnya sebagai suatu bentuk ibadah, suasana sekeliling dalam ritual itu tidak mengambarkan suatu menifestasi kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa, ia tidak kelihatan, kalimat zikir dan salawat Nabi jelas kedengaran, jelas ia merupakan suatu bentuk ritual keagamaan, dari situ boleh kita menilai apakah bentuk zikir tersebut terdapat dalam Sunnah Rasul? Saya merujuk kepada Surah Al Anfal A: 35: “Dan tidak lain sembahyang mereka disisi rumah itu (Masjidil Haram) melainkan bersiul dan bertepuk tangan.” Mereka yang dimaksudkan ialah kaum Musyrik Jahiliyah, yang merangsang ibadah mereka untuk khusyuk dan kemudian dikatakan kebudayaan. Maka atas nama kebudayaan ianya diresapkan kedalam penganut Islam terutama di Timur Tengah dan mengalir juga ke sini, dan upacara itupun dihias dengan kata-kata memuji Allah atau Rasul SAW. Ia kelihatan cantik dan berpahala, namun tidak kedapatan perintah untuk mengingati Allah dan Rasul dengan kelakuan sebegitu. kaedah untuk itu banyak terdapat dalam hadits yang perlu ditauladani. Antara Islam dan Kebudayaan, saya memetik “dan janganlah kamu campur-adukkan yang haq dan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedang kamu mengetahui” (Al-Baqarah A: 42), dan budaya sesuatu bangsa yang berkaitan dengan agama, ia harus diserasikan dengan Agama seperti contoh Tahlil Arwah, Kitab Al-Umm Imam Syafi’ei ada mengulas mengenainya. Hanya sekadar ini, saya ucap terima kasih atas pandangan Sdr.

  2. Abu Abdullah says:

    salam buat saudara ku seislam.sesungguhnya kesempurnaan islam telah allah jelaskan didalam surah almaidah ayat yang ke tiga.kesempurnaan islam termasuklah tatacara untuk kita melakukan ibadah.jesteru itu tidak dapat tidak kita wajib mengetahui dan mempelajari sebagai mana yang allah dan rasul terangkan dan ajarkan kepada kita.soalanya adakah zikir-zikir yang diamalkan oleh mereka yang bergelar sufi memang sesuatu zikir yang di anjurkan oleh islam?mungkin sebahagian zikir yang diamalkan oleh mereka sesuai dengan ajaran islam(sunnah)namun sebahagian besar wirid-wirid yang diamalkan oleh mereka lebih menjurus dari ajaran syeikh2 sufi atau tariqat mereka.Manusia tidak ma,sum yang ma,sum adalah nabi s.a.w,justeru itu sesuatu amalan yang dilakukan oleh manusia selain nabi masih boleh dipertikaikan,melainkan disana ada sunnah yang sahih(amalan yang telah ditunjukan oleh nabi s.a.w)maka amalan orang tersebut boleh di terima.Diterimanya amalan orang tadi bukan kerana orangnya tetapi kesesuian perbutannya senada dengan ajran sunnah.
    Saudara ku yang dicintai,renungilah makna dan tafsir sebenar ayat yang pertama dalam surah hujurat.Kita dilarang mendahului dan memandai-mandai lebih dari Allah dan rasulnya.Mengapakah kita perlu mencari-cari atau mengikut-ikut sesuatu amalan yang tak pernah nabi ajar?Bukan semua yang kita fikir elok semestinya elok dalam islam.Contohnya satu kisah yang cukup terkenal yang mana 3 orang pemuda yang ingin mendekatkan diri kepada Allah mengikut acuan mereka.Yang pertama mahu terus berpuasa pada tiap-tiap hari,yang kedua tak mahu kahwin kerana ditakuti menggangu ibadahnya dan yang ketiga mahu solat sepanjang malam tak mahu tidur di waqtu malam.ketiga-tiga orang ini telah di bantah oleh nabi s.a.w akan hasrat mereka tersebut.Kalau difikir secara aqal,mengapa mereka perlu di tegah,sedangkan niat mereka baik dan perbuatan tersebut juga baik?Jawapannya cukup mudah,ini kerana niat yang baik belum tentu dapat membantu sesuatu amalan diterima,amalan tersebut mestilah sesuai dengan ajaran islam(sunnah).Soalannya adakah zikir dan cara mereka mengamalkan zikir tersebut merupakan amalan dan cara ibadah nabi s.a.w dan sahabat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: