SERUAN DARI KUALA PILAH

Assalamualaikum wbt!

Seruan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah sudah berkumandang dimana-mana. Manusia mula mencari-cari jalan kebenaran dalam Islam, bukan ikutan, omongan kosong, khayalan dan angan-angan tetapi berpaksi kepada Wahyu Allah dan Sunnah Rasul. Keinginan ini sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul. Gerakan yang dicetuskan reformis lampau membenteras kekarutan amalan nenek moyang dalam beragama membuka minda kepada mereka yang mau berfikir, dan gerakan ini  terus berjalan sehingga kesaat ini.  Tetapi kepada yang masih memelihara amalan tradisi nenek moyang yang tidak ada asas keterangan merasa amat cemas dan bimbang, dengan menyatakan kehadiran kita atau apa yang dimomokkan sebagai Wahabi, Kaum Muda, Al-Tab’di dan seumpamanya yang bersifat merendahkan sebagai pemecah perpaduan bangsa dan umat Melayu dan tradisi yang telah turun temurun sejak sekian lama dan wajar dihapuskan. Tetapi kami amat yakin selama kami berpegang kepada kedua sumber Islam itu, mereka tidak akan berupaya untuk memadamkannya. Ini jaminan Allah SWT.

Kami akan terus merangsang ummat untuk mempelajari Al-Qur’an di Malaysia ini, seperti tujuan asal Allahyarham Hashim A. Ghani supaya menghayati Al-Qur’an dengan mempelajarinya bersungguh-sungguh dan mengamalkannya. Bukan menjadikan Al-Qur’an itu sebagai bacaan kepada yang sudah mati dan bukan dikuburan seperti yang banyak diamalkan, juga bukan beriman kepada wali-wali dan keramat-keramat yang sudah mati seperti yang banyak kelihatan.

Maka tidak hairanlah ada  saranan yang bersifat dangkal untuk mempengaruhi umum, supaya kita dihapuskan, dihalang dan sebagainya kerana ia telah mempengaruhi banyak orang, termasuk cerdik pandai, Penjawat Tinggi Awam, pensyarah, pelajar universiti hatta cuba pula untuk mempengaruhi agar disekat penjualan buku-buku berbentuk wahabiyah di Pesta Jualan Buku di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk itu marilah kita semua kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah dan melaksanakan seruan  tanpa menoleh kebelakang dengan sungutan  mereka itu dan ketahuilah bahawa penentang itu adalah mereka yang jahil dan tertimbus dengan adat resam lama yang sukar untuk dicabutkan.  Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: