GAYUNG BERSAMBUT-2

gb5

Saya sediakan “GAYUNG BERSAMBUT” babak kedua ini untuk menjadi perisai muslimin di rantau ini bagi menangkis dan melenyapkan percubaan kesekian kalinya usaha jahat untuk memadamkan Nur Allah yang tidak akan upaya dimalapkan. Sanggahan ini akan tersisip dalam lipatan sejarah perkembangan AS SUNNAH setelah dimulakan sejak awal kurun ini. ­Dan diharapkan akan menjadi obor buat menerangi jalan masa depan.

Sejak mulanya, Keluarga As Sunnah hadir dibumi ini, ia adalah bersifat mempertahan­kan diri dengan Hujjah Baalighah. Ia menyampaikan kebenaran dari Allah dan RasulNya serta mempertahankannya dengan senjata WAHYU anugerah Allah, dan memang demikian kehendak Nya, maka siapa sahaja yang dimuliakan Allah tiada siapapun boleh menghinakannya.

Saya menyeru ikhwan dan muslimin supaya sama kembali bernaung dan berlindung dibawah pimpinan Al Kitab dan As Sunnah, dan sama bermohon kepadaNya agar supaya kita diberi tenaga dan kekuatan untuk menghapus kebati­lan dan agar kita dipimpin kearah kebenaran dan menuju keredhaanNya.

Hashim A.Ghani

Zul Qa’dah,1405, Ogos,1985.

KUALA PILAH.

Dengan nama Allah, bagi pihak keluarga As Sunnah seluruh Malaysia saya menulis rencana ini sebagai “GAYUNG BERSAMBUT” yang kedua dalam usaha membela dan mempertahankan kesucian Islam dan menegakkan konsep golongan Salafiyin yang berdasarkan Al Quran dan As Sunnah dalam negara ini khususnya dan berserta dalam perjuangan rakan-rakan salafiyin dunia amnya. Sekalipun tulisan ini akan dianggap sebagai suatu debu dalam alam yang bagini luas, tetapi saya menganggap amat besar di sisi Allah SWT yang jelas memerintahkan kita semua selaku hambaNya supaya menyampaikan dan mempertahankan Agama Allah yang maha suci ini tanpa bimbang terhadap sebarang cabaran, saperti firmanNya:

Mereka (yang dicintai Allah) inlah mereka yang berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak bimbang kepada celaan manusia yang mencelanya. (Al Maidah: 54)

Dan tulisan saya ini tidaklah ditujukan kepada sesiapaun , melainkan jika dirasakan tersentuh maka la adalah dengan niyat yang jujur dengan harapan agar ia akan diberi hidayah oleh Allah yang menguasai seluruh alam ini jua. Oleh itu diharap saudara yang mempunyai perasaan bersih, tidak menganggapnya sebagai suatu bahaya, tetapi ia adalah penawar dan penyuluh kearah yang baik jua, kerana setiap yang akan saya bincangkan ini dibawakan alasan dari Al Quran dan Hadits, kerana inilah yang menjadi hasrat saya dalam beragama dengan agama yang diredhai Allah, agar terjauh dari menggunakan hawa nafsu, kecuali tunduk di bawah garisan yang digaris oleh Yang Menciptakan kita semua.

KEMERDEKAAN

Saya juga tidak berniyat buruk terhadap kerajaan negara ini, kerana saya adalah ber­sama menyumbang sedikit sebanyak bakti berusaha mencapai kemerdekaan dari penjajah Kristian berabad-abad itu, malah sedikit sebanyak telah menikmati secara lahiriyah dalam mengecap hasil kemerdekaan yang kita usahakan bersama. Saya berbuat demikian kerana memutuskan bahawa saya bukan penda­tang baru di Negara Malaysia ini, yang tentunyaselain dari memperolehi kemerdekaan Negara akan menikmati juga kemerdekaan dalam beragama, apa lagi yang menaruh keyakinan bahawa faham Islam yang saya bawa adalah dari sumbernya Kitab Allah SWT dan Hadits junjungan Besar Nabi Muhammad utusan Allah untuk seluruh makhluk ini, pasti tidak akan sesat selama-lamanya.

Hanya saya melahirkan tulisan ini kerana ingin menyatakan kekesalan atas salah faham setengah kalangan saudara sebangsa dan se­agama, bahawa tujuan sebenar adalah murni, tetapi disangka racun oleh yang tidak mema­haminya. Kepada Kerajaan Negeri Sembilan juga tidak harus memandang asing terhadap fahaman Islam yang saya anjurkan, saya sung­guh menyedari bahawa segenap mata mengarah pandangannya kepada Ittiba Is Sunnah, KM 1.5 Jalan Seremban, K. Pilah disebabkan banyak menyusahkan hati pihak-pihak yang berkenaan, terutama pihak yang berkuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Sebagai seorang rakyat jati di Negeri dan Negara ini wajib rasanya memberikan pendapat dan fikiran, wajib memberikan sanggahan mana mana yang kurang sihat, perlu memberikan teguran mana yang kelonggaran, apakah sudah bagitu ramai sekarang orang besar diri mem­busung dada, pantang ditegur ditunjuk ajar? Saya tidak percaya adanya sifat itu di dada orang yang beriman, saya yakin pula jika wujud rasa bangga diri saperti itu di dada orang Islam di negara ini, apa lagi jika ia terdiri dari Graduan Azhar dan Jama’ah Islam lainnya, ia bukanlah mukmin lagi, dipinta hendaknya janganlah jadi saperti banyak ke­lihatan Islam yang bukan Islam.

Apakah gunanya sombong di waktu mekar, tangkai dan dahan tempat berpijak itu satu hari nanti akan patah, akhirnya tidak duduk juga di kerusi empuk, akan serupa saperti orang biasa yang tak bertaring dan berkuku, saya sudah banyak berjumpa rakan yang dulunya megah kuasa, takbur dan sombong memarahi pendirian saya kini tertunduk dan menyisih diri di kala bersua muka, kerana sudah kehi­langan kuasa, di samping banyak pula yang maseh berdegar lagi lagak dan bahasanya, tetapi pada penelitian saya mereka sudah memang tidak bermanfaat lagi.

Dan engkau lihat manusia itu dalam kema­bukan, sebenarnya mereka bukan mabuk, tetapi sebaliknya siksaan Allah adalah keras. (Al Haj j : 2)

KEWARTAWANAN

Saya juga kesal atas sikap rakan yang baru muncul dalam media sebaran am yang menu­lis berita di akhbar tempatan tanpa mengira bahawa ia akan menjadi fitnah yang akan mem­bakar saudara sendiri yang sebenarnya tidak bersalah, apa ruginya sebelum membuat seba­rang berita diperiksa dahulu dan diteliti buruk baiknya agar tidak kesal kemudiannya. Seorang wartawan harus juga bersifat sebagai seorang hakim, bukan sekadar mendapatkan bahan, walaupun saya tidak pernah menerima kursus kewartawanan tetapi cukup juga rasanya dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang tersebut. Sebagai pembantu kepada En. Ismaun M. Yunus di akhbar Majlis (1949) dan pembantu Datuk A. Samad Idris di Utusan Me­layu (1955) dan kemudiannya berkecimpung dengan Berita Harian (1957) yang menerima bimbingan terns dari Haji A. Samad Ismail, tidak pernah berita yang saya siarkan dengan membuta tuli dan menikam rakan seiring hing­ga 1978.

Saya rasa semua tulisan saya samaada yang berupa berita maupun rencana yang tidak ter­hitung itu hampir semuanya adalah ditujukan untuk menjaga dan menimbulkan kesedaran dan membela pihak yang harus dibela, kerana saya sedar bahawa itulah hak saya dalam bidang tersebut, tetapi hari ini nampaknya budi dan bicara dalam pemberitaan tidak diperhitung­kan dan matlamat masing-masing bukan kepada yang makruf.

GERAKAN AS SUNNAH:

Pada saat akhir ini (1985) di Negara ini sibuk lah diperkatakan soal ajaran sesat dan salah di sana sini, malah sudah lama juga sebelum ini diperkatakan, banyak pula yang sudah di­bicara dan dihukum oleh pihak yang berwajib, dan antara yang menjadi bahan perbincangan oleh kalangan tertentu ialah golongan Ittiba Is Sunnah yang berkembang di Kuala Pilah, diperbincangkan demikian kerana dari sini sedang berkembang keseluruh Negara, yang ber­erti Keluarga As Sunnah sudah bagitu berkem­bang di mana jua di Malaysia ini, ini adalah hasil siaran dari pemberita dari Utusan Melayu dan Utusan Malaysia yang disiarkan serentak pada 9hb Mac, 1985 sebagai ekoran dari siarannya juga pada 4hb November, 1984 empat bulan sebelumnya.

KESET:

Setahun sebelum itu pula Ittiba Is Sunnah memang menjadi perbincangan hangat di selu­ruh Negara ini dengan tersiarnya keset-keset ucapan seorang yang bernama Ustaz Ghazali Hasbullah yang dibuatnya di Subang Jaya pada 19hb November, 1983. Keset-keset itu ber­edar dari Perlis hingga ke Singapura dan lain-lain Negeri, kabarnya rakaman itu di­buat beribu-ribu tidak termasuk yang dirakam rompak, di mana dalam ucapan yang berjudul “Bismillah” itu Ustaz tersebut melemparkan berbagai tuduhan terhadap Ittiba Is Saunnah di Kuala Pilah suatu ajaran sesat yang ber­topengkan Al Quran dan Hadits sambil memberi ingat kepada ibu bapa dan penjaga anak-anak yang menjadi mahasiswa di Universiti supaya menghalang anak mereka pergi ke Kuala Pilah itu kerana ajaran di situ adalah sesat. Dan sebelum itu pula Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri telah menyiarkan senarai ajaran sesat di rantau ini dimana antaranya No.45 ialah Ittiba Is Sunnah yang diketuai oleh Gurunya Ustaz Hashim A. Ghani dengan beberapa cawangan di lain tempat dan siaran itu ditayangkan pula menjadi slide yang dapat disaksikan oleh peserta-peserta bebe­rapa kursus kepimpinan.

Selain itu pula sebuah kertas kerja yang menjadi tajuk besar beberapa buah majallah di Negara ini disediakan oleh Dr. Abdul Halim El Muhammadi dari Bilik Jabatan Al Quran dan As Sunnah Universiti Kebangsaan Bangi dalam tajuk Al La Mazhabiyah. Penyedia kertas kerja ini telah membentangkannya ber­puluh kali di berbagai tempat dan kawasan dari Utara hingga Selatan tanah air dan di­bincangkan pula oleh berbagai pertubuhan, intisarinya ialah menghapuskan dan berusaha memadamkan Nur Allah dari Golongan As Sunnah diMalaysia di mana Memorandum Ittiba Is Sunnah menjadi soal besar, kertas kerja itu dicetak dengan baik dan juga disalin oleh lawan dan kawan.

Tidak lama sebelum itu pula Kadi Daerah Batu Pahat Haji Mokhtaram Ghazali (alm.) menyiarkan dalam akhbar Berita Harian ber­tarikh 15hb Ogos, 1981 bahawa seorang pemuda 21 tahun yang mendapat didikan dari (Ittiba Is Sunnah) Kuala Pilah dianggap menyibarkan ajaran sesat dan dikaitkan dengan ajaran Mohd. Nasir dan peristiwa berdarah di Batu Pahat (16.10.1980), di antara fahaman ajaran dari (Ittiba Is Sunnah) Kuala Pilah itu ba­hawa Kitab-Al Quran boleh dibawa ke dalam tandas dan beberapa perkara lagi. Pendek kata, tahun 80an ini telah demikian banyak cabaran yang berupa umum melalui sebaran am, selain dari cabaran dari hasil lapuran pihak yang sentiasa iri hati

Dan mulai pertengahan Julai 1985 ini Berita Harian telah menyiarkan lagi kenyataan kenyataan dari Jabatan Agama N.Sembilan, Kadi Daerah Kuala Pilah, dan Bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri, menge­nai “As Sunnah” yang pada hemat saya akan menjadi perbincangan peringkat .

Demikianlah dalam dekat-dekat sebelumnya, mulai tahun 30han, 40an dan 50an yang jika diselidiki, lebih mencabar.

Saya bersyukur juga dengan siaran-siaran percuma saperti itu, hingga Ittiba Is Sunnah menduduki dan mendapat tempat di hati musli­min dalam dan luar Negeri, meskipun is meru­pakan penghinaan dan bersifat merendahkan, namun sebahagian besar ummat ini amat ber­simpati dengan perjuangan Ittiba Is Sunnah dan timbul rasa benci terhadap pihak penyam­pai berita dan pelapur, yang menyusahkan saya sendiri selaku pembimbing Ittiba Is Sunnah itu. Bagaimanapun saga bersyukur lagi kepada Allah SWT kerana seolah-olah apa yang di tempuh oleh Ittiba Is Sunnah itu ada iras dan persamaan dengan gerakan permulaan Islam pimpinan Muhammad Rasulullah SAW di Makkah, sekalipun tidak mencapai satu peratus dari apa yang dirasai Nabi Muhammad SAW bersama Sahabat-sahabatnya, dan Ittiba Is Sunnah yakin jalan yang ditempoh itu adalah benar maka ia pasti menemui kejayaan dihujung jalannya, kerana ia diredhai Allah, maka Allah pasti menyempurnakan janjiNya:

Mereka mahu supaya dapat dipadamkan Nur sinaran Allah dengan mulut-mulut mereka, padahal Allah tetap akan sempurnakan Nur Nya, meskipun dibenci oleh orang-orang yang mengingkarinya. (Saff: 7)

Perbuatan untuk melenyapkan cahaya Al Quran dan As Sunnah ini sebenarnya sudah berlaku sejak ia mulai memasuki alam Melayu di Nusantara ini pada awal kurun ke20 ini (kurun kel4 hijrah), bukan sahaja di daerah Kuala Pilah, tetapi di mana-mana jua tempat bersinarnya fahaman kembali kepada Al Quran dan Al Hadits di Malaysia dan di dunia Islam.

Pihak yang suka menimbulkan fitnah meng­anggapnya suatu ajaran yang baru dan suatu ajaran yang sesat, sebabnya ialah kerana beberapa faktur, terutama sakali mereka sen­diri jahil dan tidak mengerti Islam dan tidak pernah mempelajarinya secara mendalam melainkan kerana Islamnya berdasarkan ketu­runan dan kebetulan ia berada dalam masyara­rakat Islam, apa lagi mereka yang baru men­genal Agama setelah sebelumnya tidak pernah mengenalinya. Dan yang paling bahaya sekali ialah kerana mereka dijajahi oleh tabiat bertaqlid dan menurut membuta tuli dalam beragama, mereka tidak tahu apa-apa yang berada diluar kawasannya.

MUHAMMAD MAADAH:

Di Kuala Pilah itu sendiri sebenarnya te­lah lahir kefahaman As Sunnah ini sejak tahun 30an dimana sebelum pulangnya putera Tengkek, Maulana Muhammad Maadah bin Layang (1903-1942) di Kuala Pilah sudah timbul ge­laran dan momokan “KAUM MUDA” oleh masyarakat tarikat di sini iaitu dengan kehadiran bebe­rapa orang ulamak dari Minangkabau, Sumatera saperti Fakeh Khattab, Fakeh Sutan dan lain lain, dan bila almarhum Muhammad Maadah pu­lang dari pengajian hampir 10 tahun di Kara­chi (India masa itu), maka bergemalah keadaan dan suasana masyarakat Islam tempatan, apa lagi sebuah pusat Pengajian Tinggi diadakan di Kampong Pelangai, kira-kira 212 K.M. dari Kuala Pilah arah ke Bahau. Sekolah itu diberi nama The High Islamic School sekolah itu amat terkenal diseluruh Negeri Sembilan dan juga luar negeri itu. Lebih 300 orang menerima pelajaran di sini, mereka datang dari Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka, dimulai pada tahun 1939 dan terbengkalai sementara kerana kematian almarhum Muhammad Maadah pada awal pemerentahan Jepun 1942, tetapi diteruskan pengajian itu oleh murid murid tuanya saperti almarhum Ustaz Hitam Taha dan Ustaz Haji Abdul Aziz Yunus.

Kedudukan alm. Muhammad Maadah amat kuat semasa hayatnya kerana Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rah-man Ibni Tuanku Muhammad Shah memberi peng­iktirafan dan membantu sepenuhnya perjalanan Mohd. Maadah itu, seterusnya The High Is­lamic School itu hidup hingga 1955 di mana gurunya diberi gaji oleh Istana.

Saya adalah salah seorang dari penuntut sekolah itu, dan tahu benar perkembangan yang berlaku, bagaimana perdebatan-perdebatan berbagai masaalah Agama termasuk Mazhab te­lah berlaku antara Muhammad Maadah dengan beberapa ulamak di Kuala Pilah, saperti per­debatan masaalah mendirikan dua jum’at dalam satu kariah dengan Tuan Guru Haji Muhammad Kuala Jempul yang dianjurkan oleh Tunku Lak­semana Abdul Kahar di kediamannya di Bukit Temensu. Di samping itu beberapa syarahan dianjurkan oleh Tunku Besar Burhanuddin di Istana dan kelab-kelab di daerah ini. Pernah satu perhimpunan diadakan di Seko­lah King George V Seremban (1941) dihadiri oleh beribu orang termasuk beberapa orang paderi Kristian yang berlaku perdebatan (Is­lam-Kristian) dalam bahasa Inggeris yang menyebabkan beberapa orang menganut Islam.

Muhammad Maadah mempunyai cawangan seko­lah di Sungai Dua dan Kampong Tengkek, lebih seratus orang mengiringinya di mana sahaja beliau menghadiri perhimpunan. Dasar penga­jian beliau ialah Al Quran dan Al Hadits yang dimulakan dengan pelajaran menterjemah Al Quran secara harfiyah. Dalam masa 2 tahun murid-murid telah dapat mempelajari beberapa Kitab Tafsir dan Kitab,Hadits saperti Muwa­tha’ Imam Malik, Bukhari dan Muslim di sam‑

ping ilmu-ilmu alas dan Bahasa Inggeris. Maulana Muhammad Maadah sempat meninggalkan karya susunannya untuk mencelikkan bangsanya antaranya “Suluh Tengkek” dan “Urujul Aqwam.

Murid-murid beliau banyak yang mahir me­ngenai Al Quran dan Hadits yang kemudiannya sama-sama menceburkan diri dalam gerakan kemerdekaan (Shamsiah Fakeh salah seorang murid Maulana Muhammad Maadah di H.I.S. Pelangai) menjadi pengasas UMNO Kuala Pi­lah 1948 dan menjadi Wakil Rakyat di Pahang dan menjadi ahli Majlis Agama Islam N. Sem­bilan saperti Ustaz Hitam Taha sebelum mer­deka dan terujudnya undang-undang Hukum Syarak Negeri Sembilan.

Walaupun HIS (Madrasah ‘Aliyah Islamiyah) telah terkubur, tetapi kesannya pada masya­rakat kawasan ini amat mendalam, kerana se­mua mereka yang menerima pelajaran termasuk guru-guru dan orang kenamaan yang menuruti pelajaran tidak secara rasmi telah menerima jolokan “Kaum Muda”, dan mereka ini berkem­bang terus hingga waktu ini.

Allahyarham Ustaz Haji Ahmad Amin (Keluaran Darul Hadits Makkah, meninggal pada 12.8.1970 berusia 70 tahun) dari Jasin, Melaka telah mengulangi mereka sejak tahun 1948 pada tiap-tiap bulan hingga akhir tahun 60an. Datuk Pengaman Ismail b. Lakse­mana Manat seorang besar di Kampong Parit telah mengetuai harakah tersebut, dan saya sendiri telah berada semula di sini, telah memulakan harakah “Ittiba Is Sunnah” dan memulakan pengajian bagi menyambung usaha pelajaran yang ditinggalkan oleh Muhammad Maadah dan Madrasah Ittiba Is Sunnah di K.M 1.05 Jalan Seremban di mulai pada tahun 1954 selaku penghijrahan dari Kampong Pelangai, dan pengajian ini telah juga diadakan di­Masjid Ranjau Hantu sejak 1953, usaha ini mendapat tunjangan dari mereka yang lebih tua dari saya,saperti Datuk Pengaman Ismail, Tengku Idris, Tuan Fakeh Sutan Bin Sulaiman yang sama mengembang ilmu dan juga Ustaz Hi. Abdul Malik bin Hussin, dan Ayahanda Imam Abdul Ghani bin Salam. Madrasah dan harakah Ittiba Is Sunnah ini telah menempa sejarahnya yang tersendiri sejak penubuhannya hingga kini, sikapnya ia­lah membela kebenaran berdasarkan Kitab Al Quran dan Sunnah Rasul SAW dan terus meneri­ma cabaran dari pihak yang tidak mengetahui hakikatnya, terutama dari mereka yang ber­taqlid buta yang tidak pernah mengetahui isi Kitab Allah dan tidak pernah mempelajari ilmu Hadits. Mereka menuduh ajaran ini se­bagai membawa ajaran sesat dan salah (Imam Syafiei dan lainnya pernah dipenjara kerana dianggap sesat dan salah. malah mereka mempersendakan Al Quran dan sabda Ra­sul yang disuakan kepada mereka. Umpamanya bila dikatakan “kita wajib berpegang kepada Kitab Al Quran dan hadits Nabi SAW, kerana yang demikian adalah perintah dari Allah dan diamanatkan oleh Rasulullah SAW bahawa se­siapa yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat selama-lamanya”, mereka mencaci dan mempersendakan dengan kata-kata “itulah kaum Muda , Wahabi, Khawarij, Kaum Mudah, kaum sesat, apakah patut kita terus kepada Al Quran dan Al Hadits, hendak melebihi Imam Syafiei? Hendak manjadi mujtahid konon, men­caci Imam Syafiei, hendak menjadi helang sedangkan dia belalang, dan berbagai lagi”.

Semuanya mendustakan ajaran Allah dan RasulNya, sebabnya ialah kerana bertaqlid dan tidak menggunakan akal lagi:

BERITA TERBARU:


Dapat dikatakan bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh harakah Ittiba Is Sunnah sejak tahun 1953 hingga sekarang adalah ber­sifat mempertahankan diri dan segala ca­baran yang dikeluarkan adalah sebagai bala­san dari cabaran yang diterima, tidak pernah bertindak dahulu sebelum dicabar, kerana setiap kata pasti berjawab, setiap gayung perlu disambut. Demikianlah pula dalam be­rita terbaru yang tersiar dalam akhbar, pa­ling kurang ia akan mengisi sejarah kebang­kitan As Sunnah dan Salafiyiin di nusantara dan dunia semasa kini. Demi menegak kebena­ran yang datang dari Allah dan RasulNya,saya akan menyelesaikan segala cabaran walaupun hanya berupa catitan.


Utusan Malaysia edisi jawi dan Utusan Malaysia edisi rumi pada 9hb Mac, 1985 telah menyiarkan bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengesahkan tidak mengiktiraf ajaran Ittiba Is Sunnah, kerana didapati mengelirukan ummat Islam. Berita yang ber­punca dari Seremban itu disiarkan serentak berikutan berita yang disiarkan juga oleh akhbar tersebut pada 4hb November 1984 se­belum ituB). Berita terbaru itu menyiarkan hasil in­terviu yang dianggap menjadi kenyataan Yang Di Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Ne­geri Sembilan Haji Muhammad Haji Hussin yang menyatakan bahawa dalam siasatannya didapati ajaran Ittiba Is Saunnah telah terpesong dari Enakmen pentadbiran rukun Syarak 1960 dan salah satu sebabnya ialah tidak meng­iktiraf mana-mana mazhab.

Dalam berita itu juga menyebutkan bahawa golongan (Ittiba Is Sunnah) tersebut pernah menuduh Jabatan Agama Islam tidak berkewi­bawaan dan kolot, tetapi sebaliknya golongan itu mendakwa “dia saja yang betul”.

Menurut berita UTUSAN MELAYU itu lagi, bahawa Yang Di Pertua Jabatan Agama Islam itu tidaklah menuduh ajaran (Ittiba Is Sun­nah) itu salah, tetapi jika dikaji dengan teliti dari segi amalan banyak perkara yang dipertikaikan.

Beliau juga tidak menafikan lapuran yang dibuat oleh UTUSAN MELAYU bulan November tahun 1984 yang menuduh pengikut-pengikut ajaran (Ittiba Is Sunnah) di Kuala Pilah itu bertaqlid fatwa Haji Hasan Bandung (A.Hassan Ahmad terkenal dengan sebutan Hassan Bandung bukan Haji Hassan Bandung) dan tidak menerima mazhab Syafiei.


Yang Di Pertua Majlis Agama itu dilapur­kan lagi sebagai berkata bahawa Jabatan itu sedang memerhati gerak-geri (Ittiba Is Sun­nah) itu sekian lama sebelum sebarang tin­dakan dibuat. (ITTIBAA’IS SUNNAH lahir sebelum Majlis Agama Islam N.Sembilan diwujudkan.)


“Kebanyakan kita pengikut Mazhab Syafiei dan dalam waktu yang sama tidak menghalang pengikut yang lain, tetapi ajaran (Ittiba Is Sunnah) tersebut tidak percaya langsung ke­pada mazhab”, ujarnya. Beliau berkata pihaknya bertindak demikian kerana lebih meng­utamakan perpaduan dan tidak mahu melihat Ummat Islam berpecah belah semata-mata ter­pesong dengan ajaran (Ittiba Is Sunnah) ter­sebut, dan bagaimanapun ajaran itu tidak dapat berkembang luas dinegeri ini dan maseh dapat dikawal.


Berita yang disiarkan pads 4 November 1984 iaitu 4 bulan sebelumnya is menyatakan bahawa sebuah ajaran resat bernama Atbau­sunnah di Kuala Pilch dengan kira-kira 70 orang pengikutnya bertaqlidkan fatwa Haji Hassan Bandung, contohnya ialah anggota yang tersentuh dengan babi tidak disamak tetapi dibasuh sahaja, tidak menerima mazhab syafi­ei dan menggunakan fikiran dalam menentukan hukum, bukan Quran dan Hadits.

Dari kenyataan UTUSAN MELAYU/MALAYSIA itu dapat diaturkan saperti berikut ini:

  • Yang Di Pertua Majlis Hal Ehwal Agama
    Islam Negeri Sembilan mengistiharkan:
  • JUINS(Jabatan Ugama Islam N. Sembilan) tidak mengiktiraf MIS.
  • MIS (MA’HAD ITTIBAA IS SUNNAH atau Masyarakat Ittibaa’ is Sunnah) terpesong dari enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan.
  • MIS pernah menuduh JUINS tidak ber­kewibawaan,
  • JUINS sedang memerhati gerak geri MIS sejak beberapa lama dahulu sebelum bertindak,
  • JUINS tidak bertindak, kerana menguta­makan perpaduan, tidak mahu melihat ummat Islam berpecah belch kerana se­mata-mata terpesong dengan ajaran MIS,
  • JUINS menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan ajaran MIS, sebarang kemusykilan hendaklah (wajib) dirujukkan ke JUINS,
  • Ajaran MIS tidak salah (tidak sesat) tetapi amalannya dipertikaikan,
  • MIS menganggap “dia sahaja yang betul.
  • MIS bertaqlid kepada Haji Hassan Ban­dung
  • MIS tidak percaya langsung kepada seba­rang mazhab, padahal kebanyakan kita bermazhab Syafiei,
  • Ajaran MIS tidak berkembang luas dalam Negeri ini, maseh dapat dikawal.

UTUSAN MELAYU/MALAYSIA menyiarkan kese­luruh Negara perkara-perkara berikut ini:


  • MIS adalah satu ajaran sesat,
  • Pengikut MIS hanya 70 orang di Kuala Pilch,
  • MIS bertaqlid kepada Haji Hassan Ban­dung.
  • MIS tidak perlu samak bila bersentuhan dengan babi, cuma basuh sahaja.
  • MIS tidak menerima mazhab Syafiei, dan
  • MIS menentukan hukum dengan mengguna­kan akal fikiran sahaja, bukan Quran dan Hadits.

Setelah jelas beberapa persoalan tersebut maka saya susunkan pula keterangan bagi mem­bersehkan tuduhan itu, kerana jika tidak ia akan mengelirukan, terutama mereka yang se­dang mencari kebenaran dalam Islam dan tentu sekali menjadi modal oleh mereka yang suka mengadakan fitnah disebabkan kejahilan me­reka.

Tetapi sebelum saya membuat jawapan itu, selaku panduan harus diketahui, bahawa ada, tiga jenis manusia di dunia ini menurut pedoman anjuran AlQaran, iaitu:-

  • Manusia yang bertaqwa, penuh bersehi ku­dus beriman dan mengerjakan aural salih, meletakkan dirt mereka dibawah lindungan Allah dan panduan mereka ialah kalam dan petunjuk Rasul SAW mereka mempunyai darjat dalam kebaikan.

  • Manusia yang ingkar dan kufur, yang benar benar menentang seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah manusia yang bukan manusia, mereka mem­punyai banyak darjat keburukan.

  • Manusia lidah bercabang, talam bermuka dua, iaitu kaum munafiqin, mereka ini juga mempunyai banyak jenisnya.

Dan faham manusia di dunia ini direngkas kan hanya menjadi dua blok sahaja, iaitu faham yang benar menurut anjuran Allah dan RasulNya, dan faham yang sesat, dan faham yang sesat inilah yang menjadi musuh kepada faham yang hak, dan faham sesat itu terpecah kepada empat golongan terbesar, iaitu:

  • Puak Yahudi
  • Puak Nashara
  • Puak Musyrikin
  • Puak Munafikin.

Dan setelah diketahui golongan dan faham tadi secara rengkas, harus pula diketahui bahawa kedudukan Ahli Sunnah, mereka adalah golongan yang mahu meletakkan diri dibawah naungan dan pimpinan Allah dan RasulNya, iaitu berpandukan kepada keterangan yang jelas dari kitab Al Quran dan Hadits Nabi SAW, kerana disanalah wujudnya keyakinan, mereka menolak segala kesamaran, keraguan apa lagi kesesatan.

Oleh itu kalangan Ahlis Sunnah,wajib bagi segala yang dilakukannya, mengadakan dalil dari Kitab Al Quran dan Hadits, dan menolak semua yang tidak mempunyai dalil. Maka bagi orang yang mahu menimbang kedudukan Ahlis Sunnah dan Ahli Dhallah hendaklah memerhatikan dalilnya, jika dalil yang digunakan itu dari dua perkara yang tersebut itu maka itulah Ahli Sunnah dan manakala dalilnya dari fikiran manusia maka itulah Ahli Dhallah (sesat).

Maka dengan keterangan itu, berikut ini saya ingin membuat jawapan atas semua kesa­maran dan fitnah yang dihamburkan kepada Ahlis Sunnah, semuanya hendaklah difikir dan diteliti dengan otak yang dingin dan halus menurut dasar Islam yang hak:

TIDAK MENGIKTIRAF M.I.S.?


Menurut Utusan Malaysia: Yang Di Pertua JUINS, bahawa MIS tidak di iktiraf oleh JUINS.


Satu hal yang penting yang harus dan wajib disematkan dalam dada pihak yang berkuasa terutama atas Agama Islam, bahawa MIS adalah suatu golongan atau harakah Islam yang berdasar Al Quran dan Hadits, ia tumbuh di negeri ini sama tumbuhnya dengan kemerdekaan Malay­sia, yang bererti MIS bukan pendatang baru di sini, ini harus difahami benar, maka JUINS sebagai sebuah jabatan yang bertanggung ja­wab atas hal ehwal Agama Islam dalam Negeri ini tidak harus memicingkan mata atas per­tumbuhan dan kelahiran MIS. Adalah mustahil MIS tidak dikenali dan tidak diakui. Siapakah yang cuai dan bersalah dalam soal besar ini?

Tidak banyak kegiatan dan peranan Islam yang diusahakan oleh MIS, cuma dalam perkara perkara Islam iaitu soal aqidah dan ibadah, kerana ia merupakan suatu keizinan yang mut­lak diberikan Allah untuk dijalankan dan ia telah diredhai dan pengiktirafan mutlak dart Allah SWT: Sudah dimaklumi:


Pada hari ini Aku telah cukupkan untukmu Agamamu, dan Aku telah sempurnakan nikmat Ku atasmu dan Aku telah redhai (sepenuh pengiktirafan) bagi kamu Islam ini menjadi Agammu. (Al Maidah: 3)


…. itu sudah lebih dari cukup untuk dijadikan panduan bahawa ber­aqidah dan beribadah menurut Al Quran dan Hadits sudah meliputi segala keizinan dan pengiktirafan, kerana itulah tidak dijumpai dalam pelajaran Islam ada penyekatan dalam mengerjakan ibadah dan beraqidah menurut Islam yang haq, kecuali oleh penghalang dan pembenci Islam sendiri. Kita tidak mencabar sesiapa dalam soal ini tetapi dibentangkan ini supaya dijadikan ingatan untuk memperbetulkan yang tersalah. Kita tahu bahawa musuh Islam ialah Yahudi dan Nashara, peraturan memohon izin dan me­nunggu pengiktirafan itu telah diadakan oleh penjajah Kristian dinegeri negeri Islam dahulu,dengan tujuan menyekat kemaraan aqi­dah dan ibadah dan memang demikian dasar meraka.

Tidak akan redha Yahudi dan Nashara itu kepadamu sehingga engkau patuhi agama mereka. (Al Baqarah: 120)


Dengan itu kita jelaskan bahawa MIS bukan Agama sesat, bukan bathiniyah, bukan Taslim bukan Qadiani, bukan Cripto, bukan Yahudi bukan Kristian tetapi Muslim yang mematuhi hukum Allah dan RasulNya. Rasanya tidak perlu lagi menagih pengiktirafan setelah ada nas yang terang keredhaan dari Allah itu.


Allah tunjukkan sistem kotor yang dilakukan oleh Firaun dalam pemerentahannya,bahawa sebarang kepercayaan dan ibadah yang akan dilakukan oleh rakyatnya perlu mendapai pengiktirafan dari Fir’aun sendiri, jika tidak diizinkan dan tanpa pengiktirafan, Fir­aun tidak teragak-agak lagi akan melaksana kan hukuman seberat-beratnya:


Telah berkata Firaun (kepada ahli sihir yang beriman kepada Musa): Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku beri izin kepada kamu? Sesungguhnya ini suatu tipu yang kamu lakukan dalam negeri ini. (Al A’raf: 123)


Sebagai seorang yang sentiasa meneliti Al Quran yang menjadi ikutan, saya amat hairan kenapa seorang atau kumpulan yang mengaku sebagai muslimin tidak mengerti tu­juan Firman Allah ini, apakah kesah Firaun itu cuma cerita atau sendiwara? Na’uzubillah minzalik, bukankah ini menjadi pelajaran supaya dicontohi oleh ummat Muhammad, iaitu jauhilah sistem Firaun kafir yang mengaku jadi Tuhan itu.


Tidak ada yang akan menjadikannya penga­jaran, kecuali mereka yang berotak ber fikiran. (Ali Imran:7)

Kerana MIS gentar kepada siksaan Allah maka ia tidak mahu menjadi syirik iaitu mengharapkan sesuatu kepada selain Al­lah dalam soal ibadah. Maka itulah suatu keberatan MIS memohon izin dan pengiktirafan dalam beraqidah dan beribadah ini.

Jadi, menurut Islam pengiktirafan itu boleh diberikan oleh pihak pemerentah jika ia mahu dan suka berbuat demikian, bukan di pohon oleh rakyat, ia merupakan lambang menandakan terima kaseh sahaja kepada orang Islam yang memelihara aqidah dan ibadah yang baik, ini harus difahami.

M.I.S. TERPESONG

MIS terpesong dari enakmen pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan?

Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana atas kemurahanNya MIS senentiasa dapat membaca dan meneliti Kitab Al Quran dan Hadits RasulNya, kalaulah tidak demikian tentulah MIS sudah sesat bagitu jauh, malah semakin sudah keluar jauh dari garisan Islam yang sebenarnya. Didalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dapat MIS mengetahui segala undang-undang, hukum-hakam, Amar-nahi, halal- haram dalam Islam ini. MIS mengenal Islam adalah dari nasihat dan penerangan dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya itu, tidak pernah JUINS menyampaikan sepotong ajaranpun seumur hidup MIS, apa lagi untuk mengetahui undang-undangnya, sedangkan ia dikatakan bertanggung jawab terhadap kemantapan hal ehwal Agama dalam negeri ini, JUINS ragu sepanjang masa, apakah JUINS hanya pandai menghukum tetapi tidak mengerti untuk memberikan pengajaran dan nasihatnya. Sepatutnya, MIS yang tumbuh dalam Negeri ini tidak terkecuali mendapat lindungan dan perhatian dari pihak yang berwajib untuk mentadbir hal ehwal Islam, tetapi ia dianaktirikan dan dianggap sebagai musuh dan duri dalam daging dalam negeri ini, hingga ditandahitamkan. Selama ini tidak pernah seorangpun dari pihak yang bertanggung jawab JUINS itu datang melihat dan menyaksikan kegiatan MIS, walaupun ia lebih dulu lahir dari enakmen JUINS sendiri, maka adalah suatu kezaliman mengenakan hukuman kepada orang ramai sedang mereka tidak mengerti apapun mengenainya. Kerana itu sebarang undangundang yang akan dilaksanakan hendaklah ia sesuai dengan pokok agama yang diturunkan Allah dan dianjurkan RasulNya, dan hendaklah difahamkan terlebih dahulu kepada pihak yang bakal menerimanya, setelah kebenaran disampaikan dengan terangnya, lengkap dengan nas dan dalilnya bolehlah dilaksanakan hukuman kepada yang mengingkarinya. Allah mensyariatkan Agama Islam ini berbuat demikian, mengingat firmanNya:

Yang demikian, kerana Tuhammu tidak mahu membinasakan (menghukum siksa) penduduk negeri negeri itu dengan aniaya, sedangkan penduduknya tidak tabu menahu. (Al An’am: 131)

MIS tidak pernah menerima sebarang nasihat dan pengajaran dari JUINS, hanya menerima beberapa banyak larangan dan sekatan sejak sekian lama. Seolah-olah MIS menjadi sekumpulan rakyat yang terbuang yang tidak diindahkan.

Oleh itu tidak hairanlah MIS dianggap menyeleweng dari undang-undang Majlis Agama Islam Negeri ini, kerana peraturan yang diadakan itu memang suatu peraturan yang pasti dilanggar oleh penduduk Negeri ini yang sifatnya saperti perangkap yang akan menjerat mangsanya, bukan suatu peraturan yang memberikan kemudahan untuk rakyat Negeri ini mengamalkannya, kerana ia diasaskan atas rasa marah dan benci, sekiranya undang-undang itu berdasar kasih sayang tentu sekali tidak demikian keadaannya. Seorang bapa yang mempunyai ramai anak tentu dapat merubah sikap dan peraturannya supaya dapat berlaku adil terhadap semua anaknya dan dapat mengatur batas-batas hingga semua anaknya tidak melanggar pagar yang ditentukan.

Mereka kenal dan pasti bahawa MIS adalah suatu Jamaah Muslimin yang berjalan atas hak berdasarkan kepada Al Kitab dan As Sunnah dan suatu Jamaah yang tidak menimbulkan kekacauan dalam Negeri ini, tetapi semuanya dipicingkan matanya:

Mereka kenal dia sapertimana mereka kenal kan anak-anak mereka sendiri. (Al Bagarah: 146)

Tetapi kenapakah JUINS tetap bersikap keras dan tidak bertolak ansur, tidak lain ialah kerana dasarnya bukan atas kebenaran Al Kitab dan As Sunnah, tetapi tetap mengunakan Undang-undang yang dipusakakan oleh penjajah Kristian iaitu Belanda dan British. Pengaruh British amat besar kepada Undang-Undang Hukum Syarak dimana sahaja di Negara ini, Islam dan Al Quran dan Al Hadits yang ditafsirkan dalam undang-undang hukum syarak itu amat kecil, sempit dan terhad, tidak ada satu peratus jika dibandingkan dengan kehendak Undang-undang Al Quran dan As Sunnah, semua istilah Agama menurut istilah yang dibuat dalam undang-undang Kristian. Sistem penjajah melahirkan (undangundang syarak) ialah untuk mengadakan sekatan dan larangan sebanyak-banyaknya terhadap kegiatan rakyat, dan mengadakan hukum yang berat keatas kegiatan itu, ini memang sesuai bagi penjajah untuk membendung kebangkitan rakyat, tetapi sekarang Malaysia sudah merdeka dan tuan-tuan yang menjadi teraju dan anggota dan kakitangan kerajaan adalah diberi amanat oleh rakyat supaya menukar undang-undang yang melarang dan membatas kegiatan rakyat dahulu, ditukar dengan peraturan yang merangsangkan rakyat berkerja beramal dalam bidang keduniaan lebih lagi dalam bidang aqidah dan ibadah.

Apakah ertinya kemerdekaan jika pegawai dan kakitangan kerajaan yang diberi amanat itu pula yang menggantikan penjajah untuk melaksanakan sistem penjajah. Dalam undangundang penjajah dasarnya membanyakkan nahi ma’ruf, sedangkan Allah menggalakkan Amar Ma’ruf. Lihatlah perintah Allah yang menyebut AQIEMUS SHALAT tetapi dalam undang-undang syarak berbunyi LA TUQIEMUS SHALAT.  Allah menerangkan AQIEMUDDIEN, tetapi undang undang Syarak LA TUQIEMUDDIEN

Dalam Undang-undang Syarak’6) disebutkan:-

1. “Melarang sesiapapun mengerjakan atau mengambil bahagian dalam mengerjakan sembahyang Jum’at dalam mana-mana masjid atau bangunan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa agama.

2. Melarang selain dari guru-guru yang di lantik kerajaan menggajar atau cuba menggajar mana-mana doktrin Agama Islam dengan tiada mendapat kebenaran bertulis dari Majlis hal ehwal Agama Islam.

3. Dilarang mendirikan apa-apa sekolah Agama Islam atau menjadikan bangunan yang sedia ada sebagai atau bagi maksud sebuah sekolah saperti itu tanpa ke benaran.

Peraturan saperti ini didapati disemua Undang-undang Jabatan Agama. Jika diteliti dengan otak yang dingin dan bandingkan dengan anjuran Al Kitab dan As Sunnah didapati terbalik dan berbeza antara bumi dengan langit. Maka akibat dari peraturan itu ialah menambah kejahilan rakyat dalam bidang agama, undang-undang ini amat ketara adalah pusaka dari penjajah yang dibuat antara Kristian British dengan Negeri-negeri Melayu dahulu. “Mungkin ta’rif yang diberi kepada perkataan “Agama Islam” adalah ta’rif yang sempit mengikut Konsep Kristian” demikian Prof. Datuk Ahmad Ibrahim dalam sebuah kertas kerjanya yang bertajuk “Kearah Islamisasi Undang-undang Islam di Malaysia” (1981)

MIS sudah memohon izin dari JUINS supaya diberi kesempatan bernaung dibawah Undangundang JUINS itu, tetapi semuanya ditolak dengan tiada apa-apa alasan, dengan itu MIS merasa diasingkan dan tidak diindahkan sebarang rayuan1.Dari perkara yang disebutkan itu MIS tidak akan memohon apa-apa dari JUINS, kerana sudah jelas seribu kali permohonan diajukan jawabnya serupa juga. Kita bukan tidak menghormati kedudukan Jabatan itu, kerana ia memang perlu diadakan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, tetapi mereka yang mengendalikannya yang silih berganti itu yang berhati batu. Taqdirnya jika kami diberi tugas mengendalikannya pasti kami tidak berbuat demikian, malah setiap pelaksanaan dan peraturan dan hukum Islam yang bakal dijalankan akan kami dasarkan kepada Al Quran dan Al Hadits, kerana Islam mahukan demikian.

Penyelewengan yang dikatakan itu sebenarnya menyeleweng dari sistem ciptaan manusia bukan menyeleweng dari Islam yang hakiki.

3. TIDAK BERWIBAWA?

MIS pernah menuduh JUINS tidak berwibawa.

Semenjak kita mencapai kemerdekaan, memang dilaungkan dan diajak seluruh rakyat berkerjasama mencapai kemerdekaan setelah tiga kurun dijajah, diberitahu bahawa kemerdekaan itu kelak dipunyai rakyat, dalam pilihanraya 1955 seluruh Negara dari pemotong getah, petani di sawah hingga pemimpin besar, bahawa rakyat kelak berhak menegur pemerentah dalam sebarang tindak tanduknya, kerajaan kita kelak akan tunduk kepada kemahuan rakyat. Suara ini jelas dan maseh dirasai dengungannya ditelinga. Oleh itu kita berkerja keras tanpa menghiraukan hujan dan panas. Apakah tuan-tuan maseh belum lahir waktu itu maka tuan-tuan tidak tahu langsung, apakah tidak ada buku sejarah kemerdekaan tanah air yang dibaca? Jika kami kirakan janji yang dipersetiakan kepada rakyat masa itu, tentu sekali kami boleh bertindak lebih dari menegur dan menyapa. Apakah bila tuan-tuan diberikan kuasa, tidak perlu lagi ditegur dan dipertikaikan? Apakah kami terpaksa membiarkan sekiranya tuan-tuan berbuat zalim? Sekiranya tuan-tuan duduk menjadi rakyat didesa dan dizalimi oleh orang yang tuan-tuan berikan amanat, kami kira tuan-tuan juga akan bertindak memperbaikinya. Berapa banyak rakan yang dulunya duduk ditempat tuan-tuan itu sekarang menyesal bertindak keras kepada kami dahulunya, mereka tidak upaya menjawab sepatahpun soalan kami, dan kerana kebenaran yang ada pada kami ada antara mereka yang menganggotai keluarga As Sunnah yang sejati, dan ada pula yang mahu dan melarikan diri dari bersua dengan kami setelah bersara.

Menjadi pemimpin atau WALA’ dalam apajua Jabatan menurut Islam bukan semudah yang dilihat sekarang, sebenarnya ia mempunyai tanggung jawab yang amat berat, kerana ia menjalankan amanat dari Allah, kalau hanya semata mahukan gaji dan kebendaan, inginkan kemegahan dan kebesaran, ia adalah pengisi neraka, tidak akan mencium bau surga. Rasulullah pernah bersabda:

Tidak ada seorang penganjur yang Allah beri tugas memimpin rakyat, yang waktu kematiannya menjadi seorang penipu mengkianati tugasnya, melainkan Allah haramkan bau surga keatasnya. (H.R. Muslim)

Ungkapan Hadits ini juga adalah teguran dan tuduhan terhadap siapa sahaja yang tidak bertimbang adil terhadap orang ramai, tentu sekali bagi yang terasa bersalah akan berusaha menutup dan mencegah supaya jangan dikeluarkan ungkapan ini, tetapi bukankah ini juga suatu itibar yang terang bahawa makhluk adalah hamba-hamba Allah dan pengembala makhluk itu adalah wakil atau buruh Allah untuk hambanya, ertinya pemimpin itu adalah wakil bagi hamba-hamba Allah untuk mengurus hal ehwal mereka.

Bagaimanapun MIS sedar bahawa is tidak berhak untuk mencampuri soal tadbiran pihak JUINS, sebab itulah ia tidak pernah membuat tuduhan saperti yang dianggapkan itu, kerana MIS tahu sejak 30 tahun yang lalu sebarang teguran dan pandangan rakyat tidak akan diterima oleh JUINS, yang demikian tuduhan itu tidak berasas.

4. GERAK GERI MIS DIPERHATI !

Saperti yang telah dinyatakan, MIS telah wujud di Negara ini sejak setengah abad yang lalu, is lebih dikenal dengan jolokan “Kaum Muda”, memang tidak asing bagi rakyat Negeri Sembilan, lebih hebat ialah pada tahun 1939 hingga 1942 dikala terdirinya golongan besar anjuran Maulana Muhammad Maadah bin Layang di sekitar Kuala Pilah, mereka terus mengamalkan ajaran itu dalam masa pendudukan Jepun dan sesudahnya dan terus berkembang hingga kini, yang paling menakjubkan ialah sikap memerhati yang bagitu lama, apakah yang diperhatikan oleh mereka? Apakah pernah golongan ini membuat huru-hara dan kekacauan di Negeri Sembilan? Apakah pernah mereka merancang mencetuskan pendurhakaan? Tetapi sepanjang yang diketahui banyak sekali perubahan berfikir dihasilkan oleh pemikiran Kaum Muda itu, malah untuk mewujudkan pentadbiran Agama Islam Negeri ini salah seorang guru “Ustaz Hitam Taha” (murid tua maulana Maadah B. Layang) telah dibawa menjadi salah seorang Ahli Majlis Agama itu, beliau banyak memberikan fikiran untuk kemajuan Agama Islam Negeri Sembilan, dan setelah Madrasah Aliyah Islamiyah Pelangai ditutup kira-kira tahun 1955 maka lahir pula Madrasah Ittiba Is Sunnah di Jalan Seremban hingga kini, semuanya berjalan dengan terang bukan bersembunyi.

Beberapa lama untuk diperhatikan, apakah memerhati itu menjadi tugas penting? Sepatutnya setelah mendapati tidak ada kesesatan didalamnya maka langkah memajukannya pula diambil, kerana ia merupakan kegiatan rakyat yang perlu mendapat perhatian dari pemerintah, tetapi apa sudah terjadi? Hanya asyik memerhati sepanjang hayat!!

Sepatutnya JUINS berbangga kerana pengajian Al Quran dan Al Hadits yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Maadah bin Layang ditunjangi oleh Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman Shah Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah 1939-1942 dan terns mendapat bantuan dari Istana hingga 1955 itu sepatutnya dibanggakan kerana ia maseh hidup dan berkembang keseluruh negara sekarang.

Kami berani berkata bahawa sistem mempelajari Kitab Al Quran dan Al Hadits yang dibuat oleh MIS yang diterima dari Maulana Muhammad Maadah itu sudah menjadi bagitu terkenal dan tidak pernah wujud di mana-mana pun, tetapi JUINS sendiri tidak mengenalnya dan sengaja membutakan mata disebabkan sakit hati dari kaum muqallidin yang menduduki JUINS itu silih berganti. Dalam masa Datuk Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pernah diusahakan supaya suatu muzakarah diadakan antara MIS dengan JUINS dengan bersungguh-sungguh, supaya MIS selama ini menjadi duri dalamdaging bagi JUINS akan selesai, tetapi dito1ak oleh JUINS sendiri.

Kenapa sampai sekarang maseh juga memerhati gerak-geri MIS, ini terlalu hairan dan pelik bagi sejarah Negeri Sembilan dengan Agama Islamnya, apakah ada udang disebalik batu, ada ribut disebalik gunung. Kami kira memang sudah begitu jelas kepada JUINS bahawa perkara besar yang menjadi tumpuan MIS ialah memelihara ibadah menurut Sunnah Rasul, menjauhi bid’ah dan khurafat, memelihara aqidah menurut aqidah Salafus Salihin yang dianjurkan Al Quran, sejak mula lahirnya hampir setengah abad yang lalu tidak lain yang menjadi pelajaran kami melainkan dua persoalan besar ini.

Kami tetap memusuhi syirik dan bid’ah yang berleluasa, kami telah merubah semuanya kami benci bid’ah yang diamalkan oleh orang Islam, kerana ia suatu pendurhakaan kepada Rasulullah SAW, dan kami benci syirik kerana ia memusuhi Allah, inilah konsep kami sampai sekarang, kami memang pernah menegur dan menyampaikan kepada siapa sahaja supaya memberhentikan kerja memuja kubur dan makam wali-wali terutama mereka yang memuja kubur dan wali-wali yang dibiarkan di Seremban, dan kami menentang perbuatan bid’ah tarikat tarikat yang digalakkan oleh orang yang berdarjat              ulamak di Seremban, kerana ia bukan               ajaran Rasulullah, kerana ini semua bukan diperhati gerak gerinya sepanjang waktu, maka ajaran Islam dan Islam tidak menerimanya:

Sesiapa mengerjakan satu amalan yang bukan dari perintah kami (Allah dan Rasul) maka ia ditolak. (Al Bukhari)

Apakah kerana sikap kami yang hak ini dijadikan suatu issu besar untuk menganggap MIS sesat. Kenapa gerakan tarikat, suluk, ilmu bathiniyah, taslim yang mundar mandir di depan batang hidung itu tidak dianggap sesat? Di sebabkan menjadi amalan oleh sebahagian pembesar dan oleh anggota sendiri?

Sebuah memorandum yang menegaskan pendirian dan kedudukan kami yang dihantar secara rasmi pada 24 Ogos, 1966 dan ditambah lagi bertarikh pada 27 September, 1966, sudah menjelaskan seterang-terangnya apakah MIS. Kami juga menghantarnya keseluruh Tanah Melayu dan semua yang berkenaan yang patut mengetahuinya, hingga sekarang ini (1985) tidak menerima jawapan, kenapa demikian? Apakah kami sebagai rakyat yang beraqidah tidak patut dialu-alukan sedang mereka yang syirik dan pembid’ah mendapat sanjungan?

Dengan itu ternyata dengan terang bahawa MIS suatu kelompok yang memang dicurigai dan diperhati gerak gerinya sepanjang waktu, maka Allah mengingatkan kami dalm ayatNya:-

Ingatlah, kamu ini, kamu sahaja yang mengasihani mereka, sedang mereka tidak mengasihani kamu, sedangkan kamu beriman dengan KitabNya . (Ali Imran: 119)

Oleh itu, tidaklah kami khuatir sama ada diperhati atau tidak, kerana sifat kaseh sayang itu sudah tiada lagi.

5. TIDAK BERTINDAK DEMI PERPADUAN.

JUINS tidak bertindak terhadap MIS kerana mengutamakan perpaduan, tidak mahu melihat ummat Islam berpecah belch kerana semata-mata terpesong dengan ajaran MIS.

Di sinilah letaknya perbezaan dan garis pemisah antara perjuangan Ahlis Sunnah yang kembali kepada Al Quran dan Al Hadits dengan kaum muqallidin. JUINS memperjuangkan demi perpaduan tanpa mendahulukan aqidah dan ibadah, ia akan melahirkan kezaliman, kerana siapa yang mengancam perpaduan akan diancam dengan berbagai enakmen yang dicipta oleh nafsu perpaduan, inilah yang diamalkan oleh masyarakat Jahiliyah dahulukala hingga sekarang. Kedatangan Nabi Muhammad SAW ditentang mereka kerana dianggap membahayakan perpaduan zamannya. Tetapi perjuangan Ahlis Sunnah adalah mengutamakan aqidah dan ibadah, ia mendahulukan perintah dari Pencipta langit dan bumi, Ahli Sunnah menjadikan Allah dan Rasul perkara pertama, kerana dalam keyakinan Ahli Sunnah perpaduan yang hakiki ialah perpaduan di bawah Kalimah Tauhid adapun perpaduan dalam istilah penjajah yang digunakan sekarang adalah perpaduan yang tidak berteras, perpaduan yang rapuh, kerana ia bukan perpaduan jiwa dan roh, tetapi perpaduan kebendaan yang tidak       kekal.      Inilah perpaduan musyrikin yang dinyatakan Allah:

Kamu anggap mereka dalam perpaduan padahal hati dan jiwa mereka berkecai-kecai. (Al Hasyri: 14)

“Tidak mahu melihat ummat Islam berpecah kerana semata-mata terpesong dengan ajaran Ittiba Is Sunnah”.

Kata-kata saperti ini tidak sepatutnya diucapkan o1eh pemimpin Islam yang insaf, kerana inilah kata-kata yang menjadi benteng untuk mengaburi mata ummat Islam yang digunakan oleh Kaum Firaun terhadap Musa:

Apakah (Hai Firaun) engkau biarkan Musa dan kaumnya memecah perpaduan di bumi ini? (Al A’raf: 127)

dan juga kaum Syuib:

Dan demi jika kamu turuti Syu’aib, pastilah kamu akan rugi. (A’raf: 90)

Kaum kafir itu melarang rakyat dan kaum sebangsanya menurut Nabi Musa dan Nabi Syuib yang membawa kebenaran Islam kerana kedua-duanya dikatakan memecah perpaduan dan menimbulkan huru-bara dinegaranya. Apakah itu benar? Mana yang benar, Musa dan Syuibkah atau kaum Musa dan Kaum Syuib?

Kaum penentang Al Quran dan As Sunnah sudah menjadi dasarnya menganggap orang-orang Sunnah terpesong dari landasan kerana dasar mereka mengutamakan mazhab mereka dalam beragama, sebarang cara beragama yang berlainan dari mazhab yang dianuti dianggap terpesong, ini terang berlawanan dengan Al Quran dan As Sunnah.

Oleh itu kami menyeru seluruh ummat Islam wajib meninggalkan mazhab mereka, kerana mengambil mazhab itulah sebenarnya yang terpesong dari kebenaran, disebabkan tidak ada satupun dalil Agama supaya mengambil mazhab tetapi kerana mereka tidak mengerti isi Kitab Al Quran mereka anggap bermazhab itulah yang benar, yang lain terpesong belaka.

Kami menyeru ummat Islam di Negeri ini, supaya tidak mendengar sebarang hasutan sekalipun dari siapa, yang wajib didengar dan dipatuhi ialah penerangan dari Allah dan RasulNya, itu kebenaran, tidak ada selain dari itu, oleh itu jika MIS benar menurut Al Quran dan As Sunnah dan tidak dapat disalahkan, atau sebarang perkumpulan atau pertubuhan yang berdasarkan kedua-dua somber itu ternyata wujudnya, hendaklah diakui dan hendaklah diazamkan dan diberitahu kepada seluruh ummat Islam supaya terpenggaruh semata-mata kepada setiap perkumpulan yang mematuhi Al Quran dan As Sunnah walaupun dibenci atau tidak disukai oleh orangorang yang kafir, kerana ia adalah mengandungi pertunjuk, benar dan diredhai Allah:

Dialah (Allah) yang telah mengutus RasulNya (yang membawa) petunjuk dan Agama yang haq, supaya mengalahkan agama lain sernuanya, sekalipun orang-orang yang musyrik tidak menyukainya. (Al Shaf: 8)

Biarlah dianggap memecah dan merosakkan ketenteraman, Islam tidak redha ummatnya menjadi kafir yang terang, tetapi Islam menghendaki ummatnya menjadi ummat yang beraqidah dan ibadah yang haq dibawah petunjuk Allah dan RasulNya sekalipun ia dikatakan menerbitkan huruhara oleh mereka yang jahil. Hal ini pasti tidak akan difahami kecuali oleh orang yang tunduk kepada Al Quran dan As Sunnah Rasul.

6. JANGAN TERPENGARUH KEPADA M.I.S. MESTI RUJUK DADA JUINS?

Kata-kata saperti ini serupa pula dengan kata ketua-ketua Yahudi di Madinah di zaman Rasulullah, iaitu:

Jangan kamu percaya, melainkan hanya kepada orang yang telah menuruti agama kamu sahaja. (Ali Imran: 75)

Kata saperti ini tidak harus dipakai oleh orang yang beragama Islam, kerana Agama Islam bukan ashabiyah hanya menurut satu faham yang dicipta oleh manusia yang sempit, Islam adalah Agama yang universal, Agama sejagat, Agama yang menuntun penganutnya kearah berfikir yang lurus. MIS adalah Ahlis Sunnah yang menjadikan Al Quran dan Al Hadits sebagai panduan dan dasar perjuangannya, ia bukan golongan yang sesat saperti yang dimomok-momokkan oleh JUINS itu. Kebenaran MIS dapat dipersaksikan dengan dalil dari kedua-dua sumber itu, dan MIS akan tunduk patuh kepada kedua-duanya manakala ia sudah sah. MIS tidak mahu dibelit dan dipesongkan kearah yang lain. MIS adalah Ahlis Sunnah yang pasti, bukan Ahli Bid’ah iaitu bukan Ahli Bid’ah yang dengan babas menetapkan hukum halal haram hanya berpendomankan kemahuan nafsu biasa, dan merasa megah, dan merasa benar kerana ramainya kawan dan pengikut, walaupun bertentangan dengan Al Quran dan Al Hadits atau samasekali tidak beralasan dengan dalil yang sahib, tetapi semata fikiran yang singkat.

Tuduhan menyeleweng yang dilemparkan terhadap MIS keluar dari yang haq itu adalah semata-mata berdasarkan fikiran, pendapat dan sangkaan semata-mata, yang timbul dari sentimen perasaan sakit hati dan  dengki dengan tujuan untuk melemahkan perpaduan Ahli Sunnah.

Kami suka tegaskan lagi bahawa MIS adalah tulen bukan pembid’ah, ia adalah Ahli Sunnah yang asli dan tegak menjadi anti syirik dan bid’ah. Oleh itu segala penentang MIS didapati dari semua badan dan sektor bid’ah belaka, kaum bid’ah amat benci dan marah kepada MIS semata kerana MIS mempertahankan Sunnah Rasul SAW.

Sejak 14 abad yang lalu Para Sahabat, Tabi’ien dan para Mujtahidin telah membenteras kesesatan bid’ah ini dan juga oleh para Imam yang empat. Maka MIS melanjutkan usaha itu dengan gigihnya, MIS merasa mendapat penghormatan besar dalam sejarah perkembangan Islam di Negara ini, kerana duduk dibarisan depan membenteras bid’ah dan menegakkan faham Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ahli Sunnah mempunyai tempat rujuk yang diredhai Allah iaitu Al Quran dan Al Hadits dan MIS menyeru seluruh ummat Islam kembali rujuk kepada dua sumber Islam tersebut. Adalah terlalu durhaka kepada Allah untuk merujukkan segala perkara kemusykilan kepada yang lain dari Al Quran dan As Sunnah dan kami menyeru supaya ummat Islam jangan lagi terpengaruh oleh seruan supaya merujuk segala kemusykilan kepada sebarang undang-undang buatan manusia kerana Allah berfirman:

Maka sekiranya kamu berbantahan pada sesuatu perkara, kembalikanlah kepada Allah dan Rasul (Quran (dan Hadits), jika kamu betul beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah suatu kebaikan dan sebaik-baik pengembalian. (An Nisa': 58)

Inilah ajaran Islam, janganlah ummat Islam terkeliru sama sekali dengan ajaran sesat yang menyeru keluar dari Al Kitab dan Sunnah itu.

7. AJARAN MIS TIDAK SESAT  TETAPI AMALANNYA DIPERTIKAI?

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh MIS se-lama ini. Sudah jelas ia bukan suatu ajaran sesat yang sentiasa dicari-cari oleh JUINS sejak 30 tahun yang lalu, ia disebabkan tidak didapati satupun jalan untuk menyesat kannya. Jika MIS didapati tidak salah, maka ia adalah benar dan haq:

Maka bukankah sesudah kebenaran itu tidak             lain melainkan kesesatan? (Yunus: 32)

Ertinya selain dari Ahlis Sunnah yang berdasarkan Al Quran dan Hadits adalah sesat belaka, kerana kebenaran itu bukan dua atau tiga, melainkan satu sahaja. MIS adalah benar dalam aqidah, dalam ibadah dan muamalahnya, tidak ada yang diragui dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kita amat hairan pula cara kajian yang dibuat oleh JUINS terhadap MIS ini, iaitu setelah mendapati MIS tidak bersalah, yakni biasanya ketentuan hukum ditetapkan setelah dikaji dari aqidah dan amalan barn diputuskan salah atau benarnya dan didapati MIS berada atas kebenaran, tiba-tiba ada pula kecualinya bahawa MIS mempunyai amalan yang dipertikaikan, cara saperti ini menunjukkan:

a. JUINS tidak pernah membuat kajian terhadap MIS dan demikian pula lain-lain gerakan Agama dalam Negeri Sembilan, adapun keputusan yang dibuat dan disiarkan itu semata-mata serkap jarang sahaja, sebagai melepaskan batuk ditangga.

b. Memang telah dibuat kajian mendalam selama lebih 30 tahun dengan menyimak dan berusaha mencari kesalahan MIS melalui Al Quran-Hadits didapati tiada jalan untuk menyalahkannya, tetapi kata “amalan MIS dipertikaikan” itu dimasukkan kerana melambangkan rasa benci dan dengki terhadap gerakan MIS yang berada diatas kebenaran itu saja.

Perbuatan membuat keputusan saperti ini adalah suatu kezaliman atau menetapkan sesuatu tidak pada tempatnya. Dengan itu kami yakin, dan semua mereka yang beriman kepada Al Quran dan Al Hadits dengan betul adalah yakin bahawa JUINS telah bertindak menyembunyikan kebenaran dan tidak ikhlas sejak ia dikendalikan:

Sesungguhnya ada satu golongan antara mereka memang menyembuyikan kebenaran (yang ada di dalam JUINS) itu, sedang mereka sebenarnya tahu. (Al Baqarah: 146)

Apa yang sebenarnya berlaku ialah bahawa semua amalan yang dilakukan oleh MIS adalah menurut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana tiap-tiap amalan (ibadat)yang dilakukan MIS adalah didasarkan atas dalil yang sahih dari Al Quran dan Al Hadits dengan mencampakkan segala amalan bid’ah dan khurafat, kerana MIS amat takut kepada neraka yang diancamkan oleh Rasulullah:

Kamu wajiblah menjauhi segala rekaan dalam perkara perkara ibadat, kerana setiap rekaan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka. (Bukhari)

Ini adalah dasar kaum Sunnah di mana sahaja di Malaysia ini, dan di seluruh dunia oleh itu semua amalan kaum Sunnah adalah sama. Mereka membuang Talaffuz binniyyat, mereka membuang talqin maiyit, mereka tidak tetapkan qunut subuh dan banyak lagi perbuatan bid’ah yang dihanyutkan kelautan dalam. Yang terbesar sekali ialah kaum Sunnah tidak mengambil sebarang mazhab yang menisbahkan diri kepada salah satu imam yang empat itu, kerana semua imam itu tidak membenarkan bertaklid kepada mereka.


To be continue ….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: