DOKUMENTASI

TUDUHAN DAN TINDAKAN PIHAK PENENTANG TANPA ASAS KUKUH TERHADAP HASHIM A. GHANI

Dalam buku Tokoh Ulamak Silam “Dato’ Haji Abdullah Sijang” Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, oleh Wan Ahmad Arshad tahun 2007 menyatakan bahawa Ajaran Hashim A. Ghani dan Ittiba Us Sunnah adalah sesat:-

tokoh-ulamakms39ms40Buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan ini mengenengahkan Tokoh Ulamak Silam Dato’ Abdullah Bin Haji Sijang, tetapi turut melebelkan Hashim A. Ghani dan Ittiba Us Sunnah SESAT. Namun tidak pula didetailkan punca kesesatan yang dibawa, ini mengundang persoalan apakah Jabatan Mufti dan Ugama N. Sembilan terus menerus memusuhi MIS (Madrasah Ittiba Us Sunnah) hanya kerana tidak bermazhab Syafiei dan bertarikat Ahmadiah seperti yang dikuasai Jabatan itu?

……………………………………

BUKU “GAYUNG BERSAMBUT-2″

YANG DIHARAMKAN JPM

gb1

gb-haramPada tahun 1987 Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengharamkan  buku Gayung Bersambut Ke-2 karya Hashim A. Ghani. Gayung Bersambut memuatkan kritikan yang tajam kepada penuduh Keluarga As-Sunnah. Ia diterbitkan setelah Keluarga As Sunnah menerima serangan bertalu-talu dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan melalui Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia dalam tahun 1985. U. Hashim Ghani menggunakan ketajaman penanya untuk membalas serangan tersebut dari pelbagai arah

………………………………………………….

Berikut adalah keratan-keratan akhbar yang berkaitan dengan Jamaah As Sunnah Kuala Pilah

keratan-akhbar_0001

Berita Harian bertarikh 15 Ogos 1981 menyiarkan Kadi Daerah Batu Pahat Hj. Mokhtaram Ghazali mendedahkan satu ajaran sesat di Batu Pahat, yang dimaksudkan ialah seorang Pelajar dari Madrasah Ittiba Us Sunnah. Mudir MIS  Hashim A. Ghani mengutus surat kepada Kadi tersebut supaya menjelaskan cara penyebaran ajaran tersebut dilakukan dan istilah sesat yang dimaksudkan dalam suratnya pada Ogos 1981.

keratan-akhbar_0002

Kenyataan rasa kesal Jamaah Sunnah Kuala Pilah diatas sikap Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menolak mentah-mentah Memorandum yang dihantar pada tahun 1966. (Akbar Berita Harian bertarikh 13-10-1966)

keratan-akhbar_0003

Berita Harian bertarikh 3-8-1966 – Jamaah As Sunnah Kuala Pilah yang menjadi sasaran Jabatan Agama NS semenjak 15 tahun lalu mengusulkan supaya diadakan muzakarah.

keratan-akhbar_0004

Utusan Malaysia 9 Mac 1985 – Jabatan Agama Islam NS masih tidak mengiktiraf Ittiba Us Sunnah, dan Jabatan tersebut masih memerhatikan gerak geri Ittiba Us Sunnah sejak sekian lama.

keratan-akhbar_0005

Utusan Melayu 13-8-1966 – Yang Di Pertua Jabatan Agama Islam N. Sembilan Ahmad Yusof bin Hj. Husin menyatakan akan mengkaji Memorandum yang dihantar Jamaah As Sunnah.

keratan-akhbar_0007

Utusan Melayu 8-10-1966 . Jabatan Ugama Islam NS menolak memorandun yang dihantar Jamaah As Sunnah Kuala Pilah.

keratan-akhbar_0008

Utusan Melayu 14 Oktober 1966- Hashim Ghani menyatakan alasan JUINS menolak memorandum Ahli Sunnah  tidak logik.

keratan-akhbar_0009

Utusan Melayu 20-5-1970. Ulamak-ulamak sokong diadakan majlis Muzakaran antara Ittiba Us Sunnah dengan Jabatan Ugama Islam Negeri Sembilan dalam mencari kebenaran.

debatPolimik “Sampaikah Pengiriman Pahala kepada si mati” antara Hashim Ghani dengan Abu Bakar Hj. Kasim tahun 1970 dalam Utusan Malaysia 4 Sept. 1970.

keratan-akhbar_0010

Utusan Melayu bertarikh 9-51985  JUINS masih tidak mengiktiraf Ittiba Us Sunnah.

lukman-harun

Dr. Lukman Harun Pimpinan Muhammadiyah Indonesia mengunjungi Hashim Ghani di Kuala Pilah dalam Singgalang Minggu 24 April, 1983

ijtimak-perlis1

Ijtimak As Sunnah diadakan di Perlis pada tahun 1986 untuk kali pertama setelah diadakan beberapa kali di Kuala Pilah. Antara pembentang kertas kerja ialah Hashim Ghani bertajuk “Mengapa Mesti Menurut As Sunnah”. (Watan 18-21 Feb 1986)

hasan-adliUlasan Datuk Hasan Adli (Bekas Timb. YDP PAS) mengenai pelajaran KTF dalam Majalah Al Islam Sept 1986.  Jamaah Kuala Pilah mempunyai hubungan rapat dengan beliau dan Ust. Hashim Ghani pernah diundang untuk menjadi Panel dalam Perbincangan Isu Kasim Ahmad (Ingkarus Sunnah) di Darul Ulum, Bangan Datoh, Perak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: